Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.cé.ta/] | ڤراچيتق

Definisi : (pracétak) sebelum kerja pencetakan dibuat: kos kertas dan ~ meningkat berikutan penurunan nilai mata wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pracetak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah maksud JKE/JKP/Pembinaan/Tolak-JKE/Tolak-JKP/Pracetak pada status semakan manuskrip. Bolehkah terangkan secara terperinci. Status pada manuskrip saya ialah JKP. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.Salam sejahtera,
JKE bermaksud Jawatankuasa Editorial.
JKP bermaksud Jawatankuasa Penerbitan.
Pembinaan bermaksud judul sedang ditulis sehingga siap manuksrip lengkap.
Tolak JKE bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Editorial.
Tolak-JKP bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Penerbitan.
Pracetak bermaksud peringkat atur huruf, reka bentuk dan akhirnya cetak.

Status manuskrip JKP bermaksud manuskrip tuan dalam peringkat diajukan untuk kelulusan JKP.

Terima kasih.
Lain-lain23.03.2012
Bagaimana dengan status manuskrip saya bertajuk Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia, Edisi kedua?Manuskrip tersebut berada pada peringkat pracetak.Lain-lain09.11.2012
Assalamualaikum Tetuan DBP Sukacitalah kiranya saya mengetahui status judul yang disertakan : No Rujukan 452 Tahun Terima 2015 Tarikh Daftar 03/07/2015 Judul KLIK E-DAGANG UNTUK SEMUA Status PRACETAK Tarikh Status Terkini 21/12/2018 Penulis NUR ALIYAH BINTI AZIZI /Azizi Ahmad Maklumat Editor NOOR ZULAIKHA BINTI ALAN ZAMIRZA zulaikha@dbp.gov.my 03-21479448 Adakah ianya masih distatuskan sebagai 'pra-cetak' ? Harap maklum, wasalam.Salam saudara budiman,

Berhubung soalan saudara, Editor Bahagian Buku Umum, Puan Zulaikha binti Alan Zamirza, telah menjawab e-mel tersebut kepada pihak tuan. sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Zulikha selanjutnya.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.

Lain-lain16.02.2020
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012
Dimanakah saya boleh mendapatkan panduan terperinci jika saya bercadang menerbitkan buku sendiri. Maksudnya dari segi perundangan dan borang-borang berkaitan. Sekian Al Fazli Sandakan SabahMenerbitkan buku sendiri atau “self publishing” telah diamalkan di Amerika Syarikat dan mula diamalkan di Malaysia. Antara majalah antarabangsa yang sering memberikan tumpuan kepada “self publishing” ialah “Writers Digest”. Beberapa tahun lalu, akhbar “The Star” ada menyiarkan makalah tentang “self publishing”. Untuk menerbitkan buku sendiri, selain sebagai penulis, seseorang itu lazimnya menanggung sendiri kos pracetak dan percetakan, serta memasarkan bukunya. Tidak ada borang khusus berkaitan dengan “self-publishing”. Dari segi perundangan, antara undang-undang yang perlu dipatuhi ialah peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berhubung peruntukan pelesenan dan permit penerbitan, serta kandungan bahan penerbitan; Akta Hakcipta 1987, berhubung perlindungan hakcipta penulis, Akta Hasutan 1948 berkaitan dengan larangan menerbitkan bahan penerbitan yang menghasut, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan dengan larangan mencetak dokumen tegahan.Lain-lain28.05.2007
Assalam, saya ingin komen tentang maklumat penduduk Sabah dalam Kamus Dewan Perdana yang salah. Sepatutnya penduduk Sabah hanya 3.9 juta orang, bukan 8 854 000 dalam Kamus Dewan Perdana.Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) telah memasukkan maklumat tambahan bagi entri negeri-negeri di Malaysia iaitu maklumat tentang keluasan, jumlah penduduk dan ibu negeri bagi entri negeri tersebut.

Rekod pendrafan dan penyemakan entri Sabah merakamkan jumlah penduduk bagi negeri itu ialah 3 206 742 (2010).

Rekod ini telah dikemas kini pada peringkat pracetak menjadi jumlah penduduknya 8 854 000 (2017).

Pihak penyusun akan membuat perakaman data yang terkini bagi penerbitan KDP pada edisi yang seterusnya.

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Lain-lain24.07.2021
Assalamualaikum.. Saya ada satu pertanyaan : 1) Sekiranya manuskrip berada pada status JKP, berapa lamakah masa yang diambil untuk ke proses seterusnya? Tarikh daftar manuskrip saya ialah 23/2/2010. Manakala tarikh status ialah 24/2/2012. Terima kasih.Waalaikummussalam sdr. Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.myLain-lain07.06.2012
Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan.Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR)Lain-lain20.06.2016
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan.

Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012).

Lain-lain23.06.2012
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan.Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau  dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih.Lain-lain13.10.2010

Kembali ke atas