Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prak.tik] | ڤرکتيک

Definisi : 1. perbuatan melaksanakan teori (keya­kinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prak.tik] | ڤرکتيک

Definisi : cara melakukan sesuatu teori; perbuatan melakukan teori: Pd teorinya mudah, tetapi ~nya susah. mempraktikkan melakukan apa-apa yg dinyatakan dlm teori: Dia sedang ~ segala yg dipelajarinya dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
praktik
Kata Terbitan : mempraktikkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan?Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keya­kinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.Makna26.02.2014
apakah makna linguistik terapan?Secara umumnya, linguistik terapan ialah ilmu bahasa yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktik. Bidang Linguistik Terapan  mencakupi bidang pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikolografi, fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, dan mekanolinguistik.Makna22.09.2014
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat?"Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali".Tatabahasa03.07.2007

Kembali ke atas