Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prak.ti.kal] | ڤرکتيکل

Definisi : 1. melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal; 2. sesuai utk digunakan: langkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata praktikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata lawan teoriKata yang berlawanan dengan teori ialah praktikal. Praktikal bermaksud melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal.Makna03.05.2007
Saya TAN, praktikal INTAN Wilayah Tengah. Saya ingin tahu dalam bahasa malayu adakah perkataan "manafaat" yang bermaksud manfaat. Dalam kamus dewan, tiada perkataan ini. Tetapi, perkataan ini telah digunakan secara luas di kalangan rakyat kami.Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. Mungkin penggunaan kata 'manafaat' begitu meluas secara lisan tetapi ia tetap merujuk kepada kata 'manfaat'.
Makna04.06.2009
Nurul Ain Mohd Noor Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Nurul Ain binti Mohd Noor merupakan pelajar tahun 3 kursus Pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya akan menjalani latihan industri/praktikal mulai Julai sehingga Ogos tahun ini. Saya ingin mengetahui sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia menerima pelajar praktikal. Kami dinasihatkan mencari dahulu tempat praktikal manakala pihak UKM sendiri akan menghantar notis dan surat berkenaan hal ini kepada pihak tuan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.Waalaikumussalam puan, untuk makluman DBP boleh menerima pelajar praktikal di sini. Sekiranya puan berminat untuk menjalani latihan industri di DBP boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-2147 9341 (Puan Fairuz). Sekian terima kasihLain-lain07.02.2017
Saya pelajar tahun 2 Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam di UKM yg akan berpraktikal bermula pada Julai 2013. Boleh saya tahu ttg praktikal di DBP? adakah DBP membuka peluang untuk pelajar membuat praktikal di DBP?dan saya perlu berhubung dengan siapa untuk keterangan lanjut mengenainya?DBP ada menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar universiti membuat latihan industri. Sila kemukakan permohonan anda kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Tingkat 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kekosongan tempat dan bidang pengkhususan pelajar.Lain-lain06.11.2012
saya merupakan pelajar universiti sains malaysia tahun 2 mengambil kursus ijazah sarjana muda sastera dalam pengkhususan bahasa malaysia. saya ingin bertanya mengenai tempat praktikal di dewan bahsa dan pustaka. adakah DBP membuka peluang untuk pelajar membuat praktikal di DBP?DBP ada menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar universiti membuat latihan industri.Sila kemukakan permohonan anda kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,Tingkat 7,Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,50460,KL.Kami akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kekosongan tempat dan bidang pengkhususan pelajar.Lain-lain21.01.2008
perkataan Praktikaliti wujud atau tidak? contoh ayat: Jawatankusa meminta agar implementasi dilaksanakan secara berhemah dari segi kos dan praktikaliti atau tuan boleh cadangkan perkataan lainUntuk makluman tuan/puan, perkataan praktikaliti tidak wujud dalam sistem pangkalan data kami. Pihak kami mencadangkan perkataan secara praktikal atau praktikal  Istilah21.02.2019
Apa perbezaan antara nilai estetika dan estetik? Adakah ayat ini betul? a) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetika, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. b) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.

Berdasarkan makna yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 586, perkataan estetik merupakan kata adjektif yang bermaksud keindahan, terutamanya dalam karya seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Perkataan estetika pula merupakan kata nama yang merujuk keindahan yang terdapat dalam sesuatu hasil seni, seperti lukisan, sajak atau filem.

Oleh yang demikian, penggunaan perkataan yang betul bagi ayat tersebut ialah “Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.”

Tatabahasa09.07.2024
Assalamualaikum.. Adakah DBP terima pelajar untuk praktikal bahasa arab ? Sebaran respon amat dihargai.. Terima kasihWaalaikumussalam.
Puan, soalan puan kurang jelas. Dewan Bahasa tidak ada menyediakan latihan bahasa Arab untuk pelajar luar.  Akan tetapi jika soalan puan itu bermaksud adakah DBP menerima pelajar bidang bahasa Arab untuk menjalankan latihan industri (prkatikal) di DBP, pihak puan boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar surat berserta resume kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau memohon melalui e-mel kepada pegawai yang menguruskan pengambilan pelajar praktikal, iaitu
norhizan@dbp.gov.my.  Sertakan sekali surat permohonan dan resume. 
Lain-lain04.01.2017
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
1234

Kembali ke atas