| Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1"> 1"> | Lain-lain | 03.12.2019 |
| Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM. | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut: Jenis huruf: Arial Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Lain-lain | 19.05.2026 |
| SAYA PELAJAR JURUSAN BAHASA ARAB DI UIA, INGIN MEMBUAT LATIHAN PRAKTIKAL DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP) PADA JULAI 2015. BAGAIMANA CARA ATAU KAEDAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MEMOHON DAN PADA SIAPA HARUS SAYA HUBUNGI? | Sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9594 atau hantarkan permohonan rasmi melalui institusi tempat anda belajar kepada Encik Azhar bin Mohd Dora, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel azhar@dbp.gov.my. 1"> | Lain-lain | 09.01.2015 |
| 1. Apakah penjodoh bilangan untuk borang penyertaan? (keping atau helai) 2. menjana tenaga elektrik atau menjanakan tenaga elektrik? mana yang betul. minta pencerahan, terima kasih encik/puan. | Jawapan soalan 1: helai atau keping boleh diterima untuk dokumen bercetak, termasuk borang. Jawapan soalan 2: Frasa "menjana tenaga elektrik" adalah lebih gramatis. Bagaimanapun menjanakan tenaga elektrik tidak menjadi satu kesalahan. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang terakam pada halaman 866 daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu: menjana منجان kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari. 2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan. 3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul. menjanakan منجاناكن kt [psf: dijanakan, janakan] menjana. | Tatabahasa | 27.07.2025 |
| Salam sejatera, saya merupakan pelajar Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Inggeris tahun 3 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya ingin mengetahui sama ada pihak DBP menerima pelajar praktikal untuk bidang ini. Jika ya, adakah medium penggunaan bahasa akan dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? | Salam saudari, PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Untuk makluman, semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP, perlu menghantar permohonan kepada: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Mohon e-melkan permohonan kepada: akademi@dbp.gov.m, serta mengemukakan sekali: 1"> - Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan.
- Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan.
- Resume.
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.
- Borang jawapan penerimaan pelatih industri.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi: Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 * Medium penggunaan bahasa dalam Bahasa Melayu | Lain-lain | 12.04.2022 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya penggunaan perkataan 'Taska' @ 'TASKA' bagi tujuan pembinaan rancangan maklumat kursus. 1. Bagi tajuk kursus, adakah perlu semua huruf besar iaitu akronim atau huruf pertama sahaja yang besar. 2. Bagi sinopsis kursus, adakah betul ayat dibawah? Pelajar akan menjalani latihan praktikum di pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar Sekian. Terima kasih | taska merupakan akronim bagi taman asuhan kanak-kanak (iaitu tempat jagaan atau asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka pergi bekerja dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat). 1"> 1. Kedua-dua perkataan Taska atau TASKA boleh digunakan.1"> 2. Ayat yang betul: Pelajar akan menjalani latihan praktikal di taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar.1"> | Lain-lain | 08.08.2019 |
| Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"? | Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu: menjana منجان kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari. 2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan. 3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul. menjanakan منجاناكن kt [psf: dijanakan, janakan] menjana; | Lain-lain | 10.06.2021 |