Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prak.tis] | ڤرکتيس

Definisi : berdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (men­jalankannya, menggunakannya dll), kena benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan itu dipercayai tidak ~; kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman yg disediakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prak.tis] | ڤرکتيس

Definisi : 1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~. 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata praktis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Tajuk manakah yang betul bagi penggunaan perkataan standard dalam tajuk di bawah? 1. Praktis Standard PKSR atau 2. Praktis PKSR Standard? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.

Bentuk yang betul ialah Standard Praktis PKSR.

Tatabahasa01.07.2011
Jika praktice/ preparation assignment boleh disebut sebagai kerja rumah praktis dan kerja rumah persediaan apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah perkataan 'extension assignment' di dalam bidang pendidikan? Terima kasih

Frasa yang betul dalam bahasa Inggeris ialah extension of assignment. Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah pelanjutan tugasan.  

Istilah29.06.2009
Salam sejahtera. Saya sedang membuat kajian bertajuk ' Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Teori dan Praktis Subjek Perubatan Kecemasan Kurikulum Diploma Pembantu Perubatan Berdasarkan Model Penilaian IIuminative'. Kajian tersebut merupakan kajian tesis PhD saya. Saya memohon pandangan daripada tuan berkaitan perkataan 'illuminative' dalam tajuk kajian di atas. Adakah ia boleh diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? Jika boleh apakah terjemahan yang sesuai? Maklum balas daripada pihak tuan sangat-sangat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Alias Bin Mahmud 18 Oktober 2012Istilah bahasa Melayu untuk illuminative ialah iluminatif.Istilah18.10.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
1. managerialist - tatacara pengurusan.
2. sanction - isbat.
3. burnout - tekanan luar biasa.
4. Deinstitutionalize - pembebasan.
5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki.
6. egalitarian - egalitarian.
7. niche - tujahan.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2015
Salam. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang betul ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan CLINICAL PRACTICE REKOD? Bolehkah diterjemahkan sebagai REKOD PRAKTIS KLINIKAL atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Terima Kasih.Terjemahan yang sesuai  bagi CLINICAL PRACTICE RECORD  ialah  REKOD LATIHAN KLINIKALMakna04.07.2017
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna.Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut.Lain-lain25.09.2011
Perkataan yang sinonim dengan Informasi dan Teknologi.Perkataan yang sinonim dengan informasi ialah keterangan/maklumat dan teknologi pula aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan pelbagai bidang lagi. Terima kasih.Istilah21.08.2006
maksud perkataan teknologisTidak ada perkataan 'teknologis'. Dalam Kamus Dewan, kata masukan yang diperoleh ialah teknologi. Maksudnya ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dll; atau kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.Makna30.05.2008
Salam, Per: Penataan Kes Ayat untuk Tajuk Rencana Kita dapati dalam bahasa Inggeris, "preposition" ditulis dalam huruf kecil pada mana-mana pembentukan tajuk rencana. Contoh: "Vocal Techniques for Singers" dan bukan "Vocal Techniques For Singers". Apakah praktis terpakai dalam bahasa Malaysia untuk kata hubung, sendi nama dan seumpamanya? Saya bertanya setelah saya perhatikan gaya penulisan agak berbeza-beza dalam hal ini. Terima kasih.Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil seperti "Kursus Tatabahasa untuk Kumpulan Pegawai Sokongan"Ejaan28.09.2011
Salam sejahtera DBP, saya harap mesej ini dapat dipanjangkan ke bahagian perkamusan. 'Nekabahasa' sebagai terjemahan 'multilingual' sekali gus memperlihatkan 'neka-' sebagai terjemahan awalan 'multi-'. Ada 3 sumber yang saya dapat petik penggunaannya iaitu Perkamusan Melayu Susunan Masyarakat Cina di Malaysia sebua rencana buah kalam Yang Quee Yee, Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu terbitan ITBM dan Translation: Bahasan Teori & Penuntun Praktis Menerjemah tulisan Zuchridin Suryawinata & Sugeng Hariyanto. Saya harap sempatlah masuk manuskrip kamus terbaharu DBP. Dirgahayu bahasa kita!Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan maklumat berkenaan kami salurkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP untuk pertimbangan pihak yang berwenang.Lain-lain19.04.2019
12

Kembali ke atas