Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" atau "pre-suasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Jika tidak, bolehkah pihak DBP memberikan cadangan perkataan lain? Terima kasih. | Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu. Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada. | Lain-lain | 19.05.2018 |
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Terima kasih. | Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu. Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada. | Makna | 19.05.2018 |
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih. | Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu. | Istilah | 21.11.2019 |
Apakah maksud kata adjektif hauk dalam ayat "<pre>Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaranpre>"? Ayat dan perkataan ini digunakan oleh Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen dan menantu Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada 7 April 2022 dalam satu Siaran di Instagram. Adakah hauk ini dianggap sebagai slanga? | Untuk makluman tidak terdapat perkataan "hauk" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi. Cadangan penggunaan bahasa yang betul untuk menggantikan perkataan "hauk" ialah "tidak berkualiti". <pre>pre> | Lain-lain | 09.04.2022 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'pre-shoot maternity'? Contoh ayat: Boleh tak kalau kita buat 'pre-shoot maternity' kat Putrajaya? | pre-shoot boleh diterjemahkan sebagai sesi foto singkat.Adakah soalan ini merujuk kepada maternity photo shoot, iaitu kata umum yang boleh diterjemahkan sebagai sesi foto ibu hamil. | Istilah | 27.09.2022 |
Salam sejahtera. Apakah kosa kata umum dan kosa kata istilah? Apakah perbezaannya? Terima kasih. | pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">Kosapre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat pre-wrap;">saya minum susupre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;">. pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">Kosapre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">istilahpre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> ialah perkataan atau rangkai pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;">
pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">Istilahpre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">kosapre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Tatabahasa | 13.07.2013 |
Apakah maskud pre-launching dan grand launching dalam Bahasa? Contoh penggunaan pre-launching dan grand launching dalam ayat Bahasa. terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: pre-launching - prapelancaran grand launching - pelancaran perdana Berikut merupakan contoh ayat bagi padanan isitilah yang diberikan: i. Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria dengan norma baharu biarpun diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di Johor. ii. Majlis Pelancaran Perdana Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFest 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2015, ditangguh ke satu tarikh lain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 21.06.2021 |
Assalamualaikum wr wb, Saya ingin tahu jika perkataan yang berakhir dengan 'ai atau au' (seperti: sungai, badai dan pulau) tergolong dalam suku kata tertutup? Terima kasih. | pre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;">Untuk makluman, pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">sukupre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> terbuka ialah pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">sukupre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">sukupre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">tertutuppre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> ialah pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">sukupre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> pre-wrap; font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif; color: rgb(0, 0, 0);">katapre-wrap; background-color: rgb(251, 252, 252); font-family: 'trebuchet ms', verdana, arial, helvetica, sans-serif;"> yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Bolehkah berikan padanan BM yang sesuai untuk "Pre-Owned" sebagai adjektif & kata nama. Konteks adalah seperti barang terpakai. Contohnya "Pre-Owned Fridge" Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi pre-owned fridge ialah “peti ais pernah milik” atau “peti ais terpakai”. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2023 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah 'Wet lab' dan pre-analytical'? kedua-dua istilah tersebut hendak digunakan untuk menamakan seksyen-seksyen kerja di dalam makmal perubatan (Wet lab section dan Pre-analytical section). | Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "wet lab" dan "pre-analytical". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah makmal basah dan praanalisis. Oleh itu, nama bahagian yang dicadangkan ialah Bahagian Makmal Basah dan Bahagian Praanalisis. | Istilah | 10.08.2012 |