| Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. | Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat". | Istilah | 04.02.2014 |