Salam sejahtera. Pihak tuan menyatakan bahawa kata relatif “yang” boleh menjadi sebahagian daripada predikat, tetapi tidak boleh menjadi penanda predikat. Frasa “tidak boleh menjadi penanda predikat” agak mengelirukan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata relatif ialah perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Dengan ini, “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” adalah tidak gramatis. Saya mengatakan demikian kerana ayat ini bukan ayat tunggal mahupun ayat majmuk pancangan. Kalau ayat tunggal, yang mana subjek dan yang mana predikat? Kalau ayat majmuk pancangan relatif, yang mana klausa utama, yang mana klausa kecil? Sekian, terima kasih. | Penanda predikat yang dimaksudkan ialah pola ayat, iaitu Subjek + Predikat dan predikat boleh terdiri daripada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif atau Frasa Sendi Nama. Kami bersetuju dengan pandangan tuan, frasa “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” adalah tidak gramatis kerana kerana tiada predikat melengkapkan ayat. Kami mohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini. | Tatabahasa | 29.11.2018 |
apakah itu frasa keterangan? | Ayat terdiri daripada frasa subjek dan frasa predikat. Frasa predikat terdiri daripada frasa kerja dan frasa keterangan yang berfungsi sebagai penerang kepada subjek. | Tatabahasa | 28.01.2010 |
Tuan, adakah ayat "Dia pernah kenal gadis itukah?" harus dibetulkan kepada "Pernah mengenal gadis itukah dia?" ? Betulkah predikat "pernah mengenal gadis itukah" perlu didepankan kerana adanya kata penegas -kah pada kata "itu"? Atau sebahagian daripada predikat sahaja yang perlu didepankan? Jika sebahagian predikat, bahagian predikat manakah yang wajar didepankan? Bolehkah bahagian "gadis itukah" sahaja yang didepankan, membentuk ayat: Gadis itukah dia pernah mengenal? Bolehkah ayat ini "Gadis itukah dia pernah mengenal" diterima, dengan pendepanan objek "gadis itukah" dan frasa kerja transitif "pernah mengenal" tiada dijudulkan? Boleh tak macam ini? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 21, terbitan Syarikat Pelangi.) | Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.
| Tokoh | 20.03.2015 |
apakah subjek dan predikat bagi ayat pasif berikut : Bola itu sudah saya tendang. adakah subjeknya bola itu predikat : sudah saya tendang atau subjek : saya predikat : sudah menendang bola itu? | Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif: Saya (Subjek) + {sudah menendang bola itu(objek)predikat}. Ayat pasif: Bola itu(Subjek) + {sudah saya tendang (predikat)}. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Salam sejahtera, saya menghadapi kekeliruan dalam penggunaan kata pameri. Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata pameri "ialah" digunakan di hadapan frasa nama atau digunakan apabila pemerihalan itu dilakukan secara persamaan antara subjek dengan predikat manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif atau apabila pemerihalan dilakukan secara huraian tentang subjek oleh predikat. Sekiranya sesuatu predikat itu ialah frasa nama, tetapi pada masa yang sama, predikat itu berfungsi untuk menghuraikan subjek, kata pameri yang mana satu harus dipakai? Contohnya, "Wang (ialah/adalah) punca segala kejahatan." Dalam ayat ini, predikat "punca segala kejahatan" ialah frasa nama, jadi sepatutnya kata pameri "ialah" digunakan. Namun demikian, pada masa yang sama, predikat ayat, yakni "punca segala kejahatan" berfungsi untuk menghuraikan subjek, yakni wang. Sekiranya predikat itu berfungsi untuk menghuraikan subjek, maka kata pameri "adalah" perlu digunakan. Dalam konteks sedemikian, kelas kata predikat diutamakan atau fungsi kata pameri, yakni sebagai pameri hal antara subjek dengan predikat diutamakan? Dua contoh ayat yang ialah "Pembelian yang lain (ialah/adalah) keinginan." dan "Perbuatan ini (ialah/adalah) muslihat musuh. Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Seperti yang dimaklumi ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemerri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan ialah atau adalah betul, selain menunjukkan menunjukkan persamaan dan huraian ayat tersebut juga menunjukkan unsur penegasan. | Tatabahasa | 10.06.2010 |
Apakah maksud predikat? | Saudara Muhd. Amar, Ayat terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 23.06.2010 |
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, partikel -lah yang digunakan sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu megalami proses pendepanan. Oleh itu, adakah penggunaan partikel -lah dalam ayat di bawah betu, walaupun predikat tersebut tidak didepankanl? Kita hendaklah menyahut seruan pihak kerajaan untuk memakai topeng muka. | Ayat ini betul, partikel -lah digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Dalam susunan biasa partikel -lah dalam predikat ayat seperti pakailah topeng muka. | Tatabahasa | 19.04.2020 |
Asingkan ayat ini kepada subjek dan predikat. Kebanyakan pekerja perkhidmatan ialah kakitangan kerajaan. Adakah kebanyakan termasuk kategori subjek atau predikat ? | Subjek - kebanyakan pekerja perkhidmatan, predikat - ialah kakitangan kerajaan. Kebanyakan termasuk dalam binaan subjek. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Amalan membaca kegemaran yang berfaedah. apakah predikat ayat tersebut? dan apakah frasa yang membentuk predikat ayat stersebut? pengarang novel panas salju tingkatan 3 ialah Talib Samad atau Talib Samat? | Predikat tersebut ialah kegemaran yang berfaedah. Bagi ayat kedua, perkataan ialah boleh dimasukkan ataupun ditinggalkan. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
Ali ialah ketua tingkatan . 1.Apakah subjek dan predikat ayat ini 2.Frasa "ialah ketua tingkatan " merupakan predikat yang betul? 3.Apakah susunan ayat songsang yang tepat utk ayat tersebut/TK | Ali ialah ketua tingkatan. Subjek - Ali Predikat - ialah ketua tingkatan Ayat songsang - ialah ketua tingkatan Ali
| Tatabahasa | 19.02.2019 |