Definisi: Kesiapsiagaan (= preparedness), betul ke? Saya tengah buat thesis tentang 'preparedness' terhadap wabak Avian Influenza. TQ, Dr. Amin HUKM asbaza7@yahoo.com atau dramin012000@yahoo.com | Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, kata ini merupakan imbuhan kepada kata siap. Siap siaga merujuk kepada keadaan sudah bersedia untuk melakukan sesuatu dan lain-lain. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kata ini, Dr. boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat pada muka surat 1485. | Makna | 06.01.2008 |
Mohon bantuan pihak DBP untuk terjemah ayat ini "IOTIC initiated the development of two public awareness, education and preparedness booklets focusing on tsunami hazards" | Untuk makluman tuan, kami tidak meyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. Kami akan menyemak ejaan, penggunaan kata dan ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.08.2017 |
Mohon bantuan pihak DBP untuk semak tatabahasa ayat ini yang telah dialih bahasa -BI- IOTIC initiated the development of two public awareness, education and preparedness booklets focusing on tsunami hazards -BM- IOTIC mengambil inisiatif untuk memulakan projek pembangunan dua buah buku mengenai pendidikan umum berkenaan serta ancamannya kepada manusia. | Pembetulan tatabahasa: IOTIC mengambil inisiatif untuk membangunkan dua buku keci bertujuan untuk menyedarkan, memberi pendidikan dan mempersiapkan orang ramai berkaitan dengan ancaman Tsunami. | Tatabahasa | 28.08.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya samada terdapat atau pun tidak perkataan "kesiapsiagaan" dalam penggunaan Bahasa Melayu kini. Jika mengikut perkataan Indonesia, siapsiaga itu bermaksud siapsedia. Di sini, saya inginkan kepastiaan adakah terdapat perkataan siapsiaga dlm Bahasa Melayu dan apakah makna yang sesuai dengan perkataan "preparedness" dalam Bahasa Melayu. Adakah ianya kesediaan atau kesiapsiagaan? | Perkataan siap siaga ada dalam bahasa Melayu dan sama maksudnya dengan siap sedia. Berdasarkan sumber rujukan padanan preparedness dalam bahasa Melayu ialah kesediaan. | Istilah | 26.03.2009 |
Adakah perkataan ini sesuai untuk maksud yang saya kehendaki, sebagaimana dlam bahasa inggeris : "sedia (prepare) atau siapsiaga (ready)" atau pihak tuan ada cadangan lain? Bolehkan saya tahu maksud sebenar dan contoh penggunaan perkataan "sedia" dan "siapsiaga"? | Mengikut Kamus Dewan, prepare dan ready membawa maksud yang sama iaitu siap, sedia. Siap bermaksud sudah sedia atau selesai. Manakala, siap siaga maksudnya dengan siap sedia. Berdasarkan sumber rujukan padanan preparedness dalam bahasa Melayu ialah kesediaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2015 |