Assalamualaikum. saya ingin mendapatkan makna dalam bahasa melayu bagi ayat di bawah: 1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom Kesan yang lambat selepas tiga jam simptom kelihatan. 2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom Kelewatan kesan selepas tiga jam simptom kelihatan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 13.07.2021 |
boleh berikan maksud yang sesuai digunakan untuk "slides presentation"? adakah 'paparan slaid' sesuai digunakan? atau ' persembahan slaid'? | Cadangan kami slides presentation diterjemahkan kepada persembahan slaid, iaitu sesuatu yang dipersembahkan kepada khalayak dalam bentuk slaid. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.01.2015 |
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Saya mempunyai kemusyikilan tentang terjemahan yang tepat untuk perkataan 'presentation' dalam konteks ICT. Adakah perkataan ini boleh diterjemahkan sebagai pembentangan atau penyampaian atau persembahan? Yang manakah lebih tepat dari sudut tatabahasa? Saya mohon bantuan dari pihak tuan untuk menjelaskan hal ini. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk presentation dalam bidang Teknologi Maklumat ialah persembahan. Istilah penyampaian dan persembahan terdapat dalam bidang lain seperti Pendidikan dan Pentadbiran. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan bahasa Melayu bergantung pada konsep dan konteks istilah tersebut. | Istilah | 30.08.2012 |
Salam, saya ingin membetulkan ayat ayat di dalam presentation saya dengan ayat lebih mudah faham. Saya lampirkan di dalam lampiran fail. Terima kasih | Lampiran tidak dapat dibuka. Mohon lampirkan semula menggunakan format microsoft word. | Tatabahasa | 04.02.2020 |
Mohon semakan terjemahan It looks like Karim is skipping class even though our group presentation is due today. Typical. Nampaknya Karim ponteng kelas lagi, walaupun hari ini ialah hari pembentangan kumpulan kami. Sangat tipikal. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Karim ponteng kelas lagi, walaupun pembentangan kumpulan kami diadakan pada hari ini. Sangat tipikal. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Saya ingin check translation dari English ke Bahasa Malaysia, adakah betul? International Premium Grocer > Pasar Raya Premium Antarabangsa First Supermarket To Provide Trolley Valet > Pasaraya Pertama Menyediakan Troli Valet Record Title Presentation Ceremony By The Malaysia Book Of Records > Sijil Penyampaian Rekod Oleh The Malaysia Book Of Records | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan: 1. International Premium Grocer: Pasar Raya Premium Antarabangsa 2. First Supermarket To Provide Trolley Valet: Pasar Raya Pertama yang Menyediakan Troli Valet 3. Record Title Presentation Ceremony By The Malaysia Book Of Records: Pengiktirafan Pemegang Rekod oleh The Malaysia Book Of Records | Makna | 16.08.2023 |
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasih | Dalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mencadangkan istilah 'Business Care.' Berikut merupakan definisi bagi istilah tersebut dalam bahasa inggeris: A business case captures the reasoning for initiating a project or task. It is often presented in a well-structured written document, but may also sometimes come in the form of a short verbal argument or presentation. The logic of the business case is that, whenever resources such as money or effort are consumed, they should be in support of a specific business need. An example could be that a software upgrade might improve system performance, but the "business case" is that better performance would improve customer satisfaction, require less task processing time, or reduce system maintenance costs. A compelling business case adequately captures both the quantifiable and non-quantifiable characteristics of a proposed project. Business case depends on business attitude and business volume. | Berdasarkan soalan puan, terdapat dua istilah yang berbeza iaitu "business care" dan "business case". Sila nyatakan sama ada puan bertanya tentang "business care" atau "business case". | Lain-lain | 25.11.2019 |
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH. | Saudara, Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon. i. Kamus Dewan Edisi Keempat 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~; ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan 1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam. | Makna | 07.09.2009 |
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan . | Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020. Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020 bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO). Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation). Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia) dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH). Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim. Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health. Sepanjang seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang. Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2020 |