Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Atau 1) Presiden 2) Timbalan Presiden 3) Naib Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting? | Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa. Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya. Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden. Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor. | Makna | 28.01.2014 |
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting? | Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa. Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya. Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden. Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor. | Makna | 28.01.2014 |
Saya ingin bertanya, kata panggilan hormat untuk presiden sekiranya presiden itu adalah perempuan. Perlu kekalkan menggunakan nama Tuan atau Puan? Contohnya : Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama, yang dipanggil ‘Tuan Presiden’ oleh kakitangannya, akan memastikan keamanan dunia tercapai di bawah pentadbirannya. “Tuan Presiden, tuan adalah orang yang paling berkuasa di dunia. Apa sahaja tindak-tanduk tuan mampu mengubah dunia,” kata Julius, selaku penasihat kanan kepada presiden itu. Sekian, terima kasih. | Kata tuan walaupun sinonim dengan lelaki, tuan juga merupakan sapaan kepada orang yang dihormati. Jika dirangkaikan dengan jawatan sapaan yang tepat dalam konteks bahasa Melayu ialah Tuan Presiden walaupun beliau seorang perempuan. | Lain-lain | 02.01.2014 |
Apakah bezanya istilah `Timbalan``naib` dan `penolong` untuk sesuatu jawatan? Contohnya, perbezaan antara `Timbalan Presiden`dengan` Naib Presiden` atau dengan `Penolong Presiden-(jika ada)? | Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong kepada, timbalan; penolong bermaksud orang yang menolong (membantu,dll), pembantu. | Makna | 22.07.2008 |
immediate past presiden | presiden terdahulu yang terdekat | Lain-lain | 12.06.2008 |
Saya ada kemusykilan tentang penggunaan yang betul untuk ruangan tandatangan dalam penyediaan surat-menyurat. Contoh1: (Datuk Mat bin Mohamad) Naib Presiden LMA Sdn Bhd Contoh 2: Datuk Mat bin Mohamad Naib Presiden LMA Sdn Bhd Manakah penggunaan yang tepat. Adakah meletakkan tanda kurungan satu kemestian untuk ruangan tandatangan?? | Nama perlu ditulis dengan huruf besar dalam tanda kurung, seperti contoh yang berikut: (DATUK MAT BIN MOHAMAD) Naib Presiden LMA Sdn. Bhd.
| Lain-lain | 10.12.2012 |
Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. | Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat". | Istilah | 04.02.2014 |
Adakah atau terdapatkah kegunaan lain perkataan REPUBLIK/REPUBLIC selain daripada negara yang diketuai oleh presiden? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, republik bermaksud negara yang sistem pemerintahannya berdasarkan kuasa rakyat melalui wakil yang mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden. | Makna | 04.11.2013 |
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif? | 1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain. dipertua - orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain) pengerusi - ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain. 2) Apakah perbezaaan antara timbalan dan naib? timbalan - ialah penolong ketua dan lain-lain naib - ialah pengganti atau wakil 3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? setiausaha - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan. setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak diberi gaji atau upah. 4) Apakah perbezaaan antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain. bendahari kehormat - pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar 5) Apakah perbezaaan antara lajnah dan unit? lajnah - sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu pertubuhan dan lain-lain, jawatankuasa kerja. unit - bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri. 6) Apakah perbezaaan antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif? ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya) majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih. | Lain-lain | 27.12.2019 |
1. Kerajaan undang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi [menyampai] ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut adalah sempena kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen melibatkan ahli-ahli DUN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada pengalaman luas beliau serta kepakarannya [terutama mengenai] sistem kerajaan. 4. “[Atas sebab itu], kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. [Tambah Jabu,] ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atas di peringkat negeri. 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka [untuk kita] memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. [Dalam pada itu selain Jabu,] Jocelyne yang juga merupakan presiden emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri. 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus-kursus khusus bagi memperluaskan pendedahan mereka. | 1. Kerajaan mengundang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut bersempena dengan kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen yang melibatkan ahli DUN dan pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan pada pengalaman luas beliau serta kepakarannya mengenai sistem kerajaan. 4. "Atas alasan yang demikian, kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. Tambah Jabu, "ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atasan negeri". 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. Dalam pada itu selain Jabu berkata, "Jocelyne yang juga merupakan Presiden Emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri". 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus khusus bagi memperluas pendedahan mereka. | Tatabahasa | 06.11.2015 |