| Saya ada cari maksud perkataan "arrondissement" tetapi jawapan tidak ditemui dalam Khidmat Nasihat PRPM. Apakah itu arrondissement? Bolehkah saya eja sebagai Arondisment dalam bahasa melayu? Sama seperti ejaan Precint = Presint | Cadangan padanan bagi istilah arrondissement dalam bahasa Melayu ialah daerah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.08.2024 |
| saya ingin semak perkataan untuk papan tanda iklan untuk kolej baru kami. RICHWORK BUSINESS COLLEGE AZIZAN OSMAN EDUCATION GROUP SDN BHD LOT 1034, BLOCK 3, NO 5,6,7, PRESINT ALAMI, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. | Untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 29.07.2015 |
| BOLEH SAYA DAPATKAN ALAMAT ATAU CARA UNTUK SAYA HUBUNGI PENGARANG AMINHAD (AMIN BIN MINHAD) | Salam. Sdr. Aminhad boleh dihubungi di talian telefon 019 - 6069078 atau di alamat: No. 2D - 02 - 07, Jalan P9G/1, Presint 9, 62250 PUTRAJAYA. Sekian. | Lain-lain | 02.07.2009 |
| Asalamualaikum, Soalan pertama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang menyeragamkan kepala surat (letter head) seluruh negara. Adakah perlu atau mesti diletakkan tanda koma (,) pada setiap baris ayat ( contoh seperti dibawah). Soalan kedua, adakah perlu diulangi perkataan Kastam Diraja Malaysia selepas Ibu Pejabat atau Ibu Pejabat Kastam sahaja dan soalan ketiga, mana yang betul 'Diraja" atau "Di Raja' atau 'di Raja' atau'Di raja' atau 'DiRaja'. Contoh kepala surat:- JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, IBU PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA, CAWANGAN KOMUNIKASI AWAM, ARAS 7, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, NO. 3, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, 62596 PUTRAJAYA, MALAYSIA. Tetima kasih atas nasihat tuan. | Saudara, 1. Tanda koma perlu diletakkan di setiap baris alamat dan diakhiri dengan tanda titik. 2. Perkataan Kastam Diraja Malaysia yang merupakan nama penuh organisasi digunakan sepenuhnya 3. Perkataan 'Diraja' dieja bersambung, iaitu sebagai satu perkataan. | Lain-lain | 06.08.2009 |
| Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya, perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dalam proses menghasilkan buku berkaitan wakaf (7 Pintu Asas Kefahaman Wakaf) versi Bahasa Inggeris. Justeru, YWM memohon dari pihak tuan / puan untuk mendapatkan terjemahan dalam Bahasa Inggeris bagi perkataan "Yayasan Waqaf Malaysia". 3. Perhatian dan pertimbangan positif pihak tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan pihak tuan / puan boleh menghubungi saya di talian 011-18832140. Sekian, terima kasih. Wassalam, "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" "WAKAF RAHMAH UNTUK SEMUA" Saya yang menjalankan amanah, UMAIR BIN ABDUL HALIM Bahagian Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia Aras 8, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 PUTRAJAYA | Berdasarkan semakan kami nama Yayasan Waqaf Malaysia telah mempunyai tanda dagang, oleh itu nama ini boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Inggeris. Namun jika wujud keperluan untuk terjemahan ke bahasa Inggeris berikut adalah cadangan kami “Malaysia Wakaf Foundation”. | Lain-lain | 09.03.2022 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT BADAN CEMERLANG SDN. BHD BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |