istilah bahasa melayu jenis kertas cat air (lukisan) 1.cold press paper 2.soft press paper 3.hot press paper | Tidak ada padanan bagi istilah tersebut dalam sumber rujukan kami. Mengambil contoh istilah hot press yang diberi padanan cetak panas, kami mencadangkan padanan bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut: cold press paper = kertas cetak sejuk, soft press paper = kertas cetak lembut dan hot press paper = kertas cetak panas. | Istilah | 05.09.2011 |
Asalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai untuk: Ground press coffee, dark roast Terima kasih! | Terjemahan bahasa Melayu untuk "ground press coffee, dark roast" ialah biji kopi panggang yang pekat. Walau bagaimanapun, terjemahan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 01.09.2020 |
Apa perkataan yang sesuai untuk offset press? | Padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan offset press ialah pencetakan ofset. | Istilah | 08.12.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Clinching Press'? Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk "clinching press" ialah tekan mati. | Istilah | 08.03.2016 |
Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "power press machine? Sama ada istilah yang tepat ialah "mesin tekan berkuasa" atau "mesin tekan kuasa"? Sekian, terima kasih. Nurul Zehan Sofia | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: power press machine - mesin tekan kuasa Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.07.2021 |
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Pick and Place Robot 2. Press Line Robot Sekian, terima kasih. | Cadangan kami, 1. Pick and Place Robot - Pilih dan Tempatkan Robot 2. Press Line Robot - Tekan Litar Robot | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2016 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Bevel Gear Hardening Press 2. Bevel Gear Lapping Machine Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Bevel Gear Hardening Press - Penekan Pengeras Gear Serong 2. Bevel Gear Lapping Machine - Mesin Canai Gear Serong | Istilah | 13.01.2016 |
Press release | Siaran akhbar | Istilah | 21.05.2007 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Apakah padanan untuk "Press Release" dalam bahasa Melayu? | Jawapan yang betul ialah siaran akhbar. | Makna | 25.01.2021 |