(prihatin terhadap, prihatin dengan, prihatin akan) kebajikan murid? Yang manakah betul? | Jawapan yang betul ialah prihatin terhadap kebajikan murid. | Tatabahasa | 29.03.2010 |
Tuan, Manakah ayat di bawah adalah gramatis? a) Pihak majikan harus prihatin terhadap pekerja dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerja. b) Pihak majikan harus prihatin akan pekerja dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerja. Apakah perbezaan 'prihatin terhadap' dengan 'prihatin akan'? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Pihak majikan harus prihatin terhadap pekerja dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerja. Kata sendi nama akan lazimnya digunakan dalam ayat yang menyatakan unsur emotif, seperti saya sayang akan emak saya.
| Tokoh | 03.10.2017 |
Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya. | Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".
| Tatabahasa | 13.05.2014 |
Dalam nilai murni, apakah perbezaan antara prihatin dengan mengambil berat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, prihatin bermaksud 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara 2. (Jawa) berdukacita atau kecewa yang amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yang amat sangat 3. berusaha (berikhtiar) dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat sesuatu yang dicita-citakan. Mengambil berat bermaksud memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang). Untuk makluman, DBP tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan antara kedua-dau perkataan ini dalam nilai murni. | Makna | 09.02.2014 |
Saya ingin tahu penggunaan kata yang betul : a. PERIHATIN atau PRIHATIN b.istilah BAHARU atau BARU | Ejaan yang betul ialah prihatin. Kata "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya? | Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut? | Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
tuan 1. kerja-kerja pembaikan jambatan itu akan dijalankan oleh syarikat yang terlantik oleh kerajaan.(tuan, mengapakah terlantik tidak boleh digunakan?) 2. sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? 3. dia begitu cermat dan prihatin ketika berbelanja. (kesalahan ialah prihatin..ini menimbulkan kekeliruan kepada saya.) 4. dia terpaksa berpindah mengikuti keluarganya setelah ayahnya membeli sebuah rumah baharu. ( kesalahan ialah mengikuti? tapi, kamus dewan mengikuti bermaksud 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada:maka, saya berasa waswas semasa menerang kepada pelajar saya.) terima kasih | 1. Kata terbitan yang betul ialah dilantik, kata kerja pasif dan pelakunya orang ketiga (dari kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap). Kata kerja 'terlantik' tidak ada dalam contoh penggunaannya dalam sumber rujukan kami. 2. Mengikut Kamus Dewan, istilah sehubungan bermaksud berkaitan dengan. Sehubungan dengan itu bermajksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa 'sehubungan itu' dan 'sehubungan dengan itu' sama, kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun, yang lebih tepat antara sehubungan itu dan sehubungan dengan itu ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan. 3. Prihatin bermaksud mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara dan perkataan ini daripada aspek maknanya kurang tepat untuk menerangkan perbuatan berbelanja itu. 4. Mengikuti seperti dalam kamus bermaksud turut di belakang orang seperti dalam ayat: Dia mengikuti ayahnya berjalan kakai ke masjid. Manakala mengikut bermaksud 'pergi bersama-sama dengan' dalam ayat ini berpindah bersama-sama dengan keluarganya bukan turut di belakang keluarganya sahaja. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
aya rakayat Malaysia yang kini menetap di luar negara. saya amat prihatin dan berminat terhadap perkembangan bahasa Melayu dan kemajuan tamandun Melayu di Malaysia dan alam Melayu. Saya juga kerap melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Baru-baru ini saya tertonton video Youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=yjd9MRPHBQY yang mengenai temubual dengan Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBP tentang Konvesyen Ketamadunan Dunia 1.0: "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu". Saya amat teruja dengan persetujuan dengan cadangan pengacara supaya DBP dijadikan satu platform penerus warisan dengan menyebarkan pembentangan, percambahan dan perkongsian dalam kovensyen tersebut dapat disebarkan kepada semua khalayak. Sayang sekali, video-video/ maklumat-maklumat berkenaan masih tidak disebarkan dalam lama sesawang seperti Youtube atau portal DBP sendiri. Adakah DBP akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini? | Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami kemukakan kepada bahagian yang berwenang untuk penambahbaikan promosi kegiatan kebahasaan di seluruh negara. Syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. | Lain-lain | 14.02.2017 |
slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina? | Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan. | Lain-lain | 13.01.2011 |