Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pri.mér] | ڤريمير

Definisi : (primér) yg pertama, yg terpenting, yg utama: kedudukan dan kesejahteraan hidup adalah hasil sampingan yg secara kebetulan akan diperoleh, tetapi bukan menjadi matlamat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
primer (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan utama, pertama, perdana, penting, mustahak, pokok, ulung, besar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya ingin bertanya berkenaan ejaan "primari" dan " primer", "tertiari" dan "tertier", yang manakah betul?Ejaan yang betul ialah primer dan tertiar (istilah geologi). Sila layari primer">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=primer untuk carian ejaan kata yang betul.Tatabahasa08.01.2015
Ayat yang manakah betul? Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. atau Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian tenaga yang tersimpan dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. iaitu, sebahagian tenaga atau sebahagian daripada tenaga; tersimpan dalam pokok teratai atau tersimpan di dalam pokok terataiApabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk.

Tatabahasa04.09.2015
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "primer" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada sebuah buku pengenalan kecil yang mengandungi fakta asas mengenai sesuatu subjek, yang digunakan terutamanya apabila seseorang mula belajar tentang subjek itu. Bolehkah "buku pengenalan" atau "buku teks" diterima sebagai terjemahan untuk "primer", memandangkan penggunaan buku tersebut tidak terhad kepada murid sekolah?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat padanan maksud bagi perkataan primer yang merujuk kepada buku pengenalan atau buku teks. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan merakamkan maksud primer sebagai yang pertama, yang terpenting atau yang utama. Manakala, introductory school textbook menjurus maksud yang khusus, iaitu buku teks peringkat permulaan (khusus untuk buku teks sahaja).Penyemakan dan penterjemahan26.08.2019
Penggunaan perkataan diperoleh atau diperolehi dan ditentusah atau ditentusahkan dalam : Data primer yang diperoleh/diperolehi daripada analisis imej satelit remote sensing ditentusah/ditentusahkan menggunakan kaedah lazim di lapangan. Terima kasih.Yang betulnya ialah diperoleh. Ditentusahkan dalam ayat tersebut kurang tepat. Cadangan kami ialah disahkan. Dalam ayat tersebut juga, perkataan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau ejaannya disengetkan.Tatabahasa12.01.2009
saya perlukan maksud untuk perkataan adjunctive dalam bidang perubatan.. harap dapat di maklumkan secepat mungkinMaksud adjunctive dalam bidang perubatan ialah terapi penunjang, iaitu rawatan sokongan yang diberi bersama rawatan primer untuk membantu dalam perawatan pesakit. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ubat, vitamin, makanan dan aktiviti sosial.Lain-lain19.05.2010
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal.

Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa.  

Lain-lain18.04.2012
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ?Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic).  Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya.  Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic).  Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang.  Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap.  Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang.  Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi.  Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri  epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut:

1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan    diangkat menjadi tokoh legenda

2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh  pengarangnya pada masa itu.  Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan.

3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa  keistimewaan termasuk ilmu sakti

4)Ilmu Sakti Pembantu Wira

5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan  sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. 

Lain-lain21.04.2008
Muhamad Farid assalamualaikum.... saya ingin menyatakan bahawa diri saya sedang mengalami kebuntuan.. saya seorang pelajar tingkatan 6, Kebuntuan tersebut adalah berkaitan dengan masalah temu bual... Dalam masa ini, saya sedang mengkaji seorang tokoh negara iaitu A. Samad Said. Setakat ini, saya mendapat tahu bahawa A. Samad Said sekrang berada di Sarawak.. Info ini saya dapat daripada kawan saya yang telah pergi ke rumah beliau... Jikalau anak2nya pula, tiada 1 pun renspon positif pada saya... Jadi saya mula fikir mungkin saya boleh temu bual rakan sezamannya/ orang dalam di DBP.. Hal ini demikian kerana kebanyakan karya tokoh A. Samad Said diterbitkan DBP.. Jika pihak tuan/puan tidak keberatan, bantulah saya.. temu bual itu penting untuk sumber primer..Terima kasih Muhammad Farid kerana menjadikan DBP sebagai teman anda di hujung jari. SEtahu kami A. Samad Said tetap berada di KL dan di Melaka. Mungkin A. Samad Said yang saudara bertanya tempoh hari ini, beliau bercuti ke Sarawak. Pihak kami mencadangkan agar pihak tuan boleh terus memanfaatkan http://prpm.dbp.gov.my/ pasti tuan akan terjumpa maklumat A. Samad Said dalam bentuk yang pelbagai.Lain-lain26.01.2014

Kembali ke atas