1. Apakah maksud Istilah Sasar? 2. "..pesakit berumur 32 tahun, gravida 3 para 2 pada usia kandungan..." Adakah penggunaan gravida dan para dalam ayat di atas betul? Perlukah G dan P tersebut huruf besar? Adakah gravida dan para tersebut perlu dituliskan dalam bentuk italic (sebagai perkataan bahasa inggeris)? Terima kasih | 1. Istilah sasar merujuk kepada istilah dalam bahasa kelompok sasaran, iaitu istilah dalam bahasa Melayu. 2. Tidak ada contoh penggunaan perkataan “gravida 3 para 2” dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan, “gravida” merujuk kepada wanita yang hamil. “Primigravida” ialah wanita yang baru pertama kali hamil. “Multigravida” pula wanita yang hamil kali kedua hingga kelima. Sehubungan dengan itu, untuk merujuk kepada wanita yang hamil kali ketiga, penggunaan yang betul ialah “multigravida”. Manakala berdasarkan hasil carian di Internet, “para” dalam bidang perubatan merujuk kepada wanita hamil di luar kandungan dan mampu melahirkan bayi tersebut. Perkataan “gravida” dan “para” perlu dieja dengan huruf kecil dan tidak perlu diitalikkan kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. | Tatabahasa | 23.12.2020 |