Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah perkataan "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok (principal amount, principal balance dsb.)? Ini kerana saya dapati carian PRPM menyatakan "prinsipal" merujuk kepada individu tetapi carian Khidmat Nasihat dan penggunaan di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=bm_financialconsumeralert) menunjukkan yang "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud prinsipal ialah orang (peniaga dan lain-lain) yang melantik ejen dlm perniagaan manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud principal ialah pengetua, prinsipal, wang pokok, kasau jantan, pelakon utama atau penari utama. Setiap istilah sumber memberikan padanan yang berlainan mengikut sesuatu bidang dan mengkit konteks ayat. | Makna | 29.07.2019 |
principal office | Pegawai Utama Pengetua Pegawai | Istilah | 20.05.2011 |
Boleh saya tahu terjemahan bahasa Melayu untuk Principal Lecturer? | Cadangan terjemahan bagi Principal Lecturer ialah "Pensyarah Utama" | Makna | 04.01.2022 |
Tuan/Puan, Apa padanan "the principal executive, administrative and academic officer of the Branch" dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "the principal executive, administrative and academic officer of the Branch" ialah eksekutif utama, pentadbiran dan pegawai akademik cawangan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 14.10.2021 |
Untuk istilah 'prinsipal' yang digunakan dalam keputusan STPM, apakah istilah bahasa Inggeris yang sebenar? Adakah principle atau principal? Adakah istilah tersebut boleh dikira (countable)? | Merujuk Kamus Inggeris - Melayu Dewan padanan principal ialah utama (adjektif) dan kata prinsipal yang lazim digunakan dalam keputusan STPM membawa maksud utama. | Istilah | 13.01.2011 |
Hi Team, I am a principal of a Tuisyen centre. I need to buy student books and teacher books for BAHASA MELAYU 1-6. | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// atau http://dbpniagav2.dbp.gov.my Sekian, terima kasih | Lain-lain | 17.12.2019 |
Sama ada perkataan "false or erroneous or defective" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan betul? 18. A person commits an offence if he gives to an agent, or being an agent he uses with intent to deceive his principal, any receipt, account or other document in respect of which the principalis interested, and which he has reason to believe contains any statement which is false or erroneous or defective in any material particular, and is intended to mislead the principal. 18. Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya. | Padanan terjemahan yang diberikan betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2021 |
Perkataan Bahasa Melayu yang betul bagi terjemahan ayat ini: Konteks - terma ICT "After development phase, all integrations and changes that need to be deployed should be consider as Corporate Social Responsibilities without charges as per clause 10 in Principal Agreement." | Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2023 |
Salam, Apakah nama bagi jawatan orang yang menjadi ketua dalam sebuah tadika seumpama guru besar di sekolah rendah? | Tiada penggunaan yang standard bagi jawatan ketua guru di sekolah tadika. Di sekolah tadika kerajaan (Tadika Kemas), Penyelia yang menyelia perlaksanaan sekolah dan menjadi ketua sekolah tersebut. Di sekolah tadika swasta lazimnya jawatan principal digunakan dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu ialah pengetua. Hal ini tidak selari dengan sistem persekolahan kita kerana pengetua ialah ketua guru di sekolah menengah. | Istilah | 24.05.2012 |
TERJEMAHAN PERKATAAN “SHALL MAKE GOOD THE DEFICIENCY” KE BAHASA KEBANGSAAN Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “shall make good the deficiency” ke dalam bahasa kebangsaan. 3. Butiran contoh ayat di bawah: "14. In case the sinking fund created under section 12 is insufficient for the repayment of all principal moneys represented by stock issued under this Act at the time when the same becomes due, the Minister shall make good the deficiency out of the Consolidated Fund.” | Perkataan atau frasa yang tuan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, tuan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |