Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prin.si.pal] | ڤرينسيڤل

Definisi : (Udg) orang yg melantik orang lain utk bertindak selaku ejennya: sbg ejen, dia patut mematuhi arahan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prin.si.pal] | ڤرينسيڤل

Definisi : ist orang (peniaga dll) yg melantik ejen dlm perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prinsipal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah perkataan "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok (principal amount, principal balance dsb.)? Ini kerana saya dapati carian PRPM menyatakan "prinsipal" merujuk kepada individu tetapi carian Khidmat Nasihat dan penggunaan di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=bm_financialconsumeralert) menunjukkan yang "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok. Mohon pencerahan. Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud prinsipal ialah orang (peniaga dan lain-lain) yang melantik ejen dlm perniagaan manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud principal ialah pengetua, prinsipal, wang pokok, kasau jantan, pelakon utama atau penari utama. Setiap istilah sumber memberikan padanan yang berlainan mengikut sesuatu bidang dan mengkit konteks ayat.Makna29.07.2019
Untuk istilah 'prinsipal' yang digunakan dalam keputusan STPM, apakah istilah bahasa Inggeris yang sebenar? Adakah principle atau principal? Adakah istilah tersebut boleh dikira (countable)?Merujuk Kamus Inggeris - Melayu Dewan padanan principal ialah utama (adjektif) dan kata prinsipal yang lazim digunakan dalam keputusan STPM membawa maksud utama.Istilah13.01.2011

Kembali ke atas