| blue print | 1)cetakan biru 2)rangka tindakan | Istilah | 04.04.2011 |
| how to print ths sijil that already lulus | Untuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP, (1) sila buka laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my; (2) Klik “e-perkhidmatan”; (3) Klik “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”; (4) Ruanga “daftar masuk” akan tertera. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan lihat senarai permohonan. (5) Klik no.kelulusan dan sijil Pengesahan DBP akan tertera. (6) klik ikon cetak untuk mencetak Sijil Pengesahan DBP. | Lain-lain | 05.06.2014 |
| Apakah maksud istilah "print screen"? | Padanan bagi istilah print screen dalam bahasa Melayu ialah cetak skrin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.02.2025 |
| Salam hormat, Apakah istilah 'blue print' dalam bahasa Melayu ? Terima kasih. | Waalaikumussalam... Terjemahan bagi blue print daripada bidang kejuruteraan ialah cetak biru
| Makna | 19.01.2018 |
| Apakah perkataan atau frasa yang sesuai untuk "blue print" | Untuk makluman saudara, KNDBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan tetapi menyemak terjemahan dalam bahasa Melayu yang telah dibuat. Terjemahan bagi perkataan blue print berbagai-bagai, disesuaikan dengan konteks ayat iaitu: cetak biru, rangka tindak, rancangan tindakan, dan kertas awalan. | Lain-lain | 18.05.2011 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Ghosting Print"? Maksud: Cetakan dengan warna (shades) berbeza yang muncul dalam gambar. Sila berikan cadangan tuan/puan. Bantuan anda amat saya hargai. Terima kasih. | Berdasarkan data, perkataan ghost diterjemahkan kepada beberapa perkataan seperti hantu, siluman, maya dan silap. Mengambil contoh ghost word yang diterjemahkan kepada kata silap, kami mencadangkan ghost print diterjemahkan kepada cetak silap kerana kami merasakan konsep ini lebih sesuai untuk membawa maksud ghost print, dibandingkan dengan terjemahan yang lain. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.05.2015 |
| 1) I would like to know what is the correct answer for question C? 2) If the answer is in blue print, can it relate to the question C? If no, what is the correct ayat Tanya for the answer in blue print. thanks | Lampiran yang diberi tidak dapat dilihat dengan jelas. Pada masa yang akan datang, sila kemukakan soalan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 29.07.2016 |
| Salam Kemerdekaan. 1) Adakah perkataan ditransformasikan boleh diguna pakai? 2) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai diguna pakai dalam mengantikan perkataan "Blue Print" Terima kasih. | 1. Perkataan "ditransformasikan" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Istilah bahasa Melayu untuk blue print ialah 1. cetak biru 2. rangka tindakan | Istilah | 11.09.2012 |
| Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih | Ayat yang telah dibertulkan adalah seperti yang berikut: Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2015 |
| MY FRIEND ENTERPRISE (CA0146323-W) ONLINE DESIGN & PRINT SHOP 803 JALAN ABDUL RAHMAN, 24000 CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU. COP T-SHIRT DI SINI 013-9509307 | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 26.04.2014 |