Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n1. state of being away from others, (keadaan) bersendirian tanpa gangguan, kebersendirian: he likes to relax in the ~ of his own home, dia suka beristirahat bersendirian tanpa gangguan di rumahnya; the apartments provide maximum ~ for each tenant, pangsapuri itu membolehkan setiap penghuninya tinggal bersendirian tanpa gangguan; 2. secrecy, keadaan berahsia: the meeting was held in the ~ of his house, mesyuarat itu berlangsung dlm keadaan berahsia di rumahnya; 3. (leg.) privasi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata privacy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Adakah istilah "Notis Privasi" merupakan terjemahan yang sesuai untuk Privacy Notice? Untuk maklumat tuan/puan, Privacy Notice bermaksud pernyataan yang dibuat untuk subjek data yang menerangkan bagaimana organisasi mengumpul, mengguna, menyimpan dan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan. Terima kasih.

Padanan terjemahan untuk istilah Privacy notice ialah “Notis Privasi”.

Penyemakan dan penterjemahan21.01.2021
Apakah terjemahan paling sesuai untuk Perkataan Privacy selain dari diterjemahkan sebagai Privasi. Adakah Persendirian ? Peribadi ? atau ? ada perkataan yang lebih sesuai atau hanya SENDIRIAN Contoh Privacy Right = HAK PRIVASI atau HAK PERIBADI atau HAK PERSENDIRIAN atau HAK BERSENDIRI ? atau HAK MENYENDIRI ? sama seperti dalam Private Limited Company diterjemah sebagai Syarikat Sendirian Berhad?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, privasi ialah keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. Makna16.04.2010
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang.
2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair.
Istilah17.07.2012
PERSONAL DATA OF MINOR - DATA PERIBADI MINOR When we intend to collect, use process and disclose personal data from minors (those below 18 years old), we take additional steps to protect their privacy, including: Adakah terjemahan topik DATA PERIBADI MINOR bertepatan dengan topik dalam BI PERSONAL DATA OF MINORCadangan terjemahan bagi perkataan "Personal data of Minor" ialah " "Data Peribadi Bawah Umur"Penyemakan dan penterjemahan31.03.2022
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022
Selamat sejahtera, saya ingin mendapatkan terjemahan bagi: 1) Digital communication and collaboration 2) Digital health and welfare - Physical and psychological well-being in a digital world 3) Digital rights and responsibility - Requirements and freedoms extended to everyone in a digital world 4) Digital security and privacy Terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan15.06.2020

Kembali ke atas