Apakah perbezaan antara "pro-Barat" dengan "probarat" dari segi penggunaan dan maksudnya? Terima kasih. | Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel. Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. | Makna | 08.05.2015 |
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor | Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut. | Makna | 05.05.2011 |
apakah perbezaan penggunaan (–) contoh: pro–Barat prokemerdekaan | pro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang. | Ejaan | 15.05.2015 |
salam sejahtera berdasarkan ayat ini "PRO dan KONTRA" apakah yang dimaksudkan dengan "PRO" & "KONTRA"? sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "PRO DAN KONTRA" bermaksud alasan, hujah dan sebagainya yang menyokong dan menentang sesuatu, baik buruknya. | Istilah | 14.09.2015 |
Mengikut formula, tanda sempang (-) perlu diletakkan dalam situasi huruf kecil bertemu dngan huruf besar. Bagaimanakah tulisan yang tepat bagi perkataan ini: ke-Melayuan atau kemelayuan. Ini kerana `M' pada perkataan Melayu itu nama khas. 2. Bagaimana pula dengan awalan `pro' seperti `pro-Amerika' atau `proamerika'? | Salam sejahtera, Tuan, 1. Ejaan yang betul ialah kemelayuan. 2. Pro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang. Ejaan yang betul ialah "pro-Amerika" Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 20.12.2017 |
Mengapa di laman PRPM (kategori Ensiklopedia) di bawah tajuk 'Isocrates', perkataan 'walau bagaimanapun' dieja sebagai 'WALAUBAGAIMANAPUN'? Begitu juga perkataan 'pro rata'. Ejaan yang manakah betul sama ada 'prorata' atau 'pro rata'? Di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'pro rata' sedangkan di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'prorata'. Ejaan 'sama ada' atau 'samada' yang betul? Di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'samada' manakala di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'sama ada'. | Ejaan yang betul ialah 'walau bagaimanapun', 'sama ada', 'prorata' dan 'pro rata'. Sebagai kata umum dan istilah pentadbiran perniagaan 'prorata' dieja dalam satu perkataan, manakala dalam bidang undang-undang 'pro rata' dikekalkan ejaan seperti dalam bahasa sumber (Latin) - dieja dua perkataan dan ditulis condong. | Ejaan | 12.04.2011 |
INDULGENCE PRO BEAUTY | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 12.10.2017 |
Assalamualaikum... Ejaan "pro forma" yang betul dieja rapat (proforma) atau jarak (pro forma)? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah proforma | Ejaan | 01.07.2015 |
Apakah terjemahan bagi Pro-term Chairman? | Tidak ada maklumat tentang pro-term chairman dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengerusi Sementara jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.12.2017 |
apa perbezaan perkataan memperundangkan dan diperundangkan. dalam cheking spelling dalam dewan eja pro tidak ada perkataan diperundangkan. tetapi perkataan ( diperun dang) ada. kenapa diperun (jarak) dang. Dieja dengan dua perkataan. terima kasih. | Tuan Rusli, Menurut Kamus Dewan dan Dewan Eja Pro kata "memperundangkan" iaitu menjadikan sesuatu undang-undang: Manakala kata "diperundangkan" merupakan kata yang dipasifkan dengan penambahan imbuhan diper-...-kan dalam ayat pasif. Contoh ayat: segala hukum yang diperundangkan oleh Allah terhadap hambanya.(Mohon rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Dewan Eja Pro dengan mencari kata dasar" undang", tuan akan menemukan subentri perkataan memperundangkan dan diperundangkan ). | Tatabahasa | 02.05.2009 |