1. Apakah procedure untuk signage approval? 2. Apakah dokumen yang perlu dibawa? 3. Apakah nama Kaunter atau blok untuk urusan signage approval? 4. Waktu urusniaga kaunter? | Ssaudara/ saudari boleh fakskan iklan kepada kami atau datang ke tingkat 25, Menara DBP. Petugas akan mengesahkan iklan saudara/ saudari. Dokumen yang diperlukan ialah visual yang hendak disahkan. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Standard Operating Procedure - terjemahan dalam Bahasa Melayu ? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah "Standard Operating Procedure" ialah Tatacara Pengendalian Piawai. | Ejaan | 01.06.2020 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi 'Standard Operating Procedure'. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard. | Istilah | 10.01.2012 |
Standard Operating Procedure dalam bidang akaun adakah boleh diterjemahkan "Porsedur Operasi Standard"? | Untuk makluman, padanan terjemahan bagi istilah "Standard Operating Procedure" ialah Tatacara Pengendalian Piawai. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.10.2019 |
Penggunaan perkataan Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa malaysia adakah Prosidur Oprasi Standard ataupun Prosidur Tetap Operasi atau ada perkataan lain yang berkaitan | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard. | Istilah | 26.11.2012 |
Apakah istilah yang sesuai bagi ujikaji seperti berikut: Toxicity Characteristic Leaching Procedure | Cadangan padanan bagi istilah Toxicity Characteristic Leaching Procedure dalam bahasa Melayu ialah Prosedur Pengurasan Ciri Ketoksikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.02.2025 |
Apakah terjemahan Standard Operating Procedure (SOP) di dalam Bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan ringkasan SOP, adakah ia boleh digunakan dalam ayat Bahasa Melayu? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard dan Prosedur Operasi Standard. Dalam penulisan, SOP boleh digunakan dalam bahasa Melayu sekiranya pada awal penulisan dijelaskan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2020 |
Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi. | Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.07.2015 |
Apa terjemahan yang tepat bagi SOP atau Standard Operating Procedures dalam Bahasa Melayu? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.08.2018 |
i would like to knowthe proper procedure of applying business and signage license | Puan Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Untuk mengetahui cara atau prosedur menohon lesen perniagaan dan papan tanda Puan keran berurusan dengan pejabat SSM yang terdekat dengan tempat Puan. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya meluluskan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan pada papan iklan tersebut. | Lain-lain | 22.03.2009 |