| Ingin perkataan tepat alih bahasa ke Bahasa Malaysia bagi jabatan Procurement, Facility and Administration sila bantu. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Procurement, Facility and Administration ialah Jabatan Perolehan, Kemudahan dan Pentadbiran. | Makna | 15.02.2019 |
| Bagi perjanjian perdagangan bebas, istilah bagi perolehan Kerajaan yang perlu dibuka dalam kalangan negara dalam perjanjian perdagangan bebas tersebut adalah çovered procurement. Istilah pada masa ini di dalam tatacara berkuat kuasa adalah perolehan tertakluk. Apa isitlah yang sesuai untuk digunakan bagi covered procurement dalam Bahasa Melayu, untuk dijadikan sebagai istilah di dalam Peraturan yang sedang dirangka bagi RUU Perolehan Kerajaan | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah covered procurement ialah perolehan tertakluk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 05.11.2025 |
| Hi, apakah padanan untuk "Procure-to-Pay" dan "Procurement-to-Payment"? | Perolehan untuk pembayaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.10.2007 |
| Apakah terjemahan yang paling tepat untuk "model law" dalam ayat United Nations Commission on International Trade Law Model Law Procurement 2011? | Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Mohon berikan cadangan terjemahan bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan, untuk kami semak. | Lain-lain | 14.08.2024 |
| Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih. | Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu. | Istilah | 21.11.2019 |