Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : go into ~, mengeluarkan: the new computer finally went into ~, akhirnya komputer baru itu dapat dikeluarkan; go out of ~, tdk dikeluarkan lagi: that model went out of ~ in 1980, model itu tdk dikeluarkan lagi sejak tahun 1980; in ~, dikeluarkan: the gadget will be in ~ by July, alat itu akan dikeluarkan dlm bulan Julai; make a ~ out of, (colloq) membesar-besarkan: don’t make a ~ out of this small matter, janganlah membesar-besarkan perkara kecil ini; on ~ of, dgn menunjukkan: on ~ of a voucher you will able to get a reduction on certain items, dgn menunjukkan baucar kamu boleh mendapat potongan harga sesetengah barang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. creation of st due to a natural or scientific process, penghasilan: the ~ of eggs in the ovary, penghasilan telur di dalam ovari; 4. process of producing plays, film, etc, (kerja) penerbitan: the ~ of the play was beset by problems, kerja penerbitan drama itu telah menghadapi banyak masalah; 5. play, ballet, etc that has been produced, penerbitan, pementasan, produksi: the opera was their most elaborate ~ so far, opera itu merupakan pementasan yg paling rumit, the critics had a lot to say about the ~, banyak hal yg hendak di perkatakan oleh para pengkritik ttg pementasan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n1. process of a. (growing large amount of st) pengeluaran, penghasilan: these new farming methods resulted in an increase in ~, kaedah pertanian yg baru ini menambah pengeluaran; b. (manufacturing) proses pengeluaran: the first stage in the ~ of steel, peringkat pertama dlm proses pengeluaran besi; 2 . amount of goods manufactured output, pengeluaran: the country exports 50% of its ~, negara itu mengeksport 50% drpd pengeluarannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata production


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Chalet Production CentreSalam Sejahtera,

Mohon tuan/puan kemukakan soalan dalam bahasa Melayu dengan jelas.

Sekian, terima kasih.

Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Lain-lain17.03.2020
Ingin tahu tafsir perkataan yang betul" Production" yang digunakan dalam penghasilan audio video. Apabila saya membuat semakan "Produksi" (Bahasa indonesia) Cth: Produksi, pra-produksi, pasca produksi Jika diguna perkataan "Penerbitan" pula sering dikaitkan dengan pencetakan atau "Publication". Adakah perkataan Produksi Audio Video diterima pakai dalam Bahasa Malaysia yang betul?Terjemahan pelbagai istilah production ke dalam bahasa Melayu ialah penerbitan, pengeluaran dan penyiaran mengikut konteks penggunaannya. Bidang Komunikasi Massa menerima pakai istilah penerbitan, manakala bidang Teknologi Maklumat menerima pakai istilah pengeluaran dan penyiaran. Berdasarkan konteks penggunaan istilah tersebut, padanan yang sesuai ialah production - penerbitan/pengeluaran, preproduction - prapenerbitan, postproduction - pascapenerbitan. Dalam Daftar Istilah MABBIM perkataan produksi digunakan di Indonesia tetapi Malaysia dan Brunei tidak menerima pakai istilah tersebut.Istilah27.03.2012
Apakah terjemahan bagi perkataan "affordability"? Contoh penggunaan dalam ayat: "Energy production which emphasises affordability."Terjemahan untuk perkataan "affordability" berdasarkan penggunaan ayat tersebut ialah "kemampuan". Namun tuan perlu menyemak keseluruhan teks atau bidang yang dibincangkan untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.  Tuan boleh menyemak untuk proses terjemahan melalui Persatuan Penterjemahan Malaysia atau ITNM.

Terima kasih.
Lain-lain03.10.2017
saya perlukan terjemahan bagi istilah-istilah berikut:- 1. inducement effect 2. production inducement coefficient 3. forward linkages 4. backward linkages

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut :

i. kesan dorongan ii. pekali dorongan pengeluaran/penerbitan iii. rantaian/pautan ke hadapan iv. rantaian/pautan ke belakang

Istilah12.11.2009
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kami dengan perkataan "CENTRAL PRODUCTION UNIT" dimana kami menyediakan perkhidmatan makanan bermasak secara berpusat. Bolehkan kami tuliskan "Pusat Penyediaan Makanan (Katering)" sebagai tanda nama dalam bahasa malaysia. Mohon pandangan. Apakah prosidur yang perlu dibuat oleh pihak saya untuk mendaftarkan iklan tersebut kepada pihak Dewan Bahasa sebelum pendaftaran diserahkan kepada pihak DBKL. Terima kasih.Keterangan "Pusat Penyediaan Makanan" boleh digunakan pada papan premis tuan. Untuk membuat pengesahan bahasa dalam iklan, sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Penyemakan dan penterjemahan24.06.2016
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acaraIstilah06.04.2012
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah padanan yang sesuai bagi istilah process order dalam konteks industri pembuatan? Sedikit penjelasan berkaitan process order bersumberkan wikipedia: Process orders are used for the production of materials or for rendering of services in a specific quantity on a specific date. They enable the planning of resources, control of process order management, and specify the rules for account assignment and order settlement. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bahasa Melayu bagi perkataan process order. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan arahan proses bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2017
Kami ingin meminta bantuan daripada tuan menterjemahkan perkataan-perkataan yang berikut ke Bahasa Malaysia: Reshoring/Reshore Onshoring/Reshore Backshoring/Backshore Backsourcing/Backsource Inshoring/Inshore Onshoring De-internationalzation Home-shoring/Homeshore Repatriate production/Repatriate manufacturing Reverse globalization/Reverse Globalisation Reverse Relocation Sekian, Terima Kasih Chong Boon KaiUntuk makluman semua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut. Walau bagaimanapun, kami berikan istilah yang terdapat dalam pangkalan data DBP  seperti yang berikut:

1. reshoring - penempatan kembali/menempatkan kembali
2. onshore - dalam pesisir
3. backshore - pesisir belakang
4. inshore - tepi pantai/tepi pesisir
5. repatriate - hantar pulang/hantar balik
6. manufacturing - pengilangan/pembuatan
7. reverse - songsang/balikan
8. globalization - globalisasi/kesejagatan
9. relocataion - penempatan semula
Istilah13.04.2016
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. Bahasa Inggeris 1. Security Room 2. Vegetable / Fruit Preparation 3. Servery / Kitchen 4. General Preparation 5. Meat Preparation 6. Food Production Room 7. Bakery 8. HousekeepingBersama-sama ini disertakan bahan yang telah disemak.Istilah23.03.2013
Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s).

Puan Suhana,

Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature  even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang.

Makna14.06.2010
12

Kembali ke atas