Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (colloq) prof. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prof


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk penulisan sijil, bagaimana jika seseorang ada pangkat dr. atau prof. atau prof madya, prof emiritus dsb..adakah dimskkn dalam sijil?DBP tiada panduan khusus berhubung dengan panduan penulisan nama dalam sijil. Lazimnya, hanya nama sahaja dimasukkan dalam sijil tanpa gelaran atau panggilan.Lain-lain20.11.2017
Prof. Dato' atau Dato' Prof.?Lazimnya dalam protokol dan adat-istiadat, jawatan (Prof.) mendahului gelaran (Dato') seperti YBhg. Prof. Dato' Mustafa bin Muhammad. Walau bagaimanapun protokol ini tidak diikuti sepenuhnya kerana penerima boleh memilih untuk mendahului jawatan daripada gelaran atau sebaliknya mendahului gelaran daripada jawatan.Lain-lain09.09.2011
(Perkataan Penuh): Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Proffessor, pihak kami akan mengadakan... Singkatan: 1)YBhg. Prof., ... 2)YBhg. Prof, ... 3)YBhg. Prof. ... Yang manakah penggunaan tanda bacaan yang tepat bagi singkatan perkataan Proffessor dan kemudiannya diikuti dengan tanda koma?Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan,  sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof.  Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...".Makna28.01.2014
Adakah terdapat perbezaan antara gelaran Prof. dan Prof. Dr.? Kerana terdapat doktor perubatan (Dr.) yang mendapat gelaran Profesor dan juga pensyarah biasa yang mendapat geraran Profesor.

 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan dan 2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian. Sekiranya seorang doktor perubatan telah menghabiskan pengajian pada peringkat sarjana kehormat (PhD), beliau akan mendapat gelaran Dr. Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. 

Tatabahasa30.05.2014
Mohon pencerahan. Penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Terima kasih.
Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.
Ejaan26.10.2017
Mohon pencerahan untuk penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Adakah betul sekiranya ada dua titik noktah di penghujung ayat. Contoh ayat : "Bersama-sama ini dilampirkan Atur Cara Majlis Sambutan Hari Kitar Semula 2017 seperti di Lampiran 1 untuk perhatian YBhg.Prof. Dr.." Sekian, terima kasih.Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.

Terima kasih.
Lain-lain30.10.2017
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan.Tuan/puan,

Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang.
Lain-lain15.05.2018
prof, tema " Di sini lahirnya sebuah cinta " ..tepat atau tidak penggunaan - sebuah untuk cinta..Dari segi tatabahasa, perkataan cinta tidak perlu diberi penjodoh bilangan seserti sebuah. Atau dengan kata lain, penggunaan "sebuah cinta" itu tidak tepat.Lain-lain25.10.2014
prof , contoh ayat dan ayat contoh pula ..bagaimana? adakah kesalahan hukum DM ..Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat.

1. Dia memberikan beberapa contoh ayat mudah kepada pelajarnya.

2.  Disebabkan ayat itu mudah, cikgu  telah menjadikannya ayat contoh kepada pelajar lain.
Lain-lain13.10.2014
prof, mana lebih tepat .. 1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepada .......atau 2. Pemanag tempat ketiga disandang oleh...pohon pencerahan ..1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepadaLain-lain18.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas