Apakah contoh ayat yang sesuai untuk perkataan 'profesion, profesional dan profesionalisme' | Contoh ayat profesion ialah, "Profesion sebagai jurureka dalaman mampu memberikan hasil yang lumayan pada pengamalnya". Manakala profesional pula ialah, "Dia amat profesiona dan tidak pernah mencampuradukkan urusan peribadi dengan urusan kerja". Contoh perkataan profesionalisme pula ialah, "Profesionalisme perkhidmatan guru perlu dipertingkatkan kerana profesion ini melibatkan pembinaan insan". | Lain-lain | 08.09.2022 |
Rosmah amat meminati profesion perguruan/profesion keguruan? yang mana satu betul? apakah maksud kedua-dua kata tersebut? saya masih tak faham lepas rujuk kamus untuk kedua-dua makna kata tersebut. | Yang betul ialah profesion keguruan. Keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan dll) sebagai guru. Manakala perguruan bermakna sekolah, tempat belajar; pengajaran; yang berkaitan dengan guru seperti maktab. | Makna | 09.07.2008 |
Salam tuan, saya mahukan maksud ayat ini : "futuring a maritime profession" adakah bermaksud menjadikan profesion maritim sebagai profesion pilihan pada masa akan datang? Perkataan "futuring" saya kurang arif terima kasih | Cadangan terjemahan bagi futuring a maritime profession ialah Masa Depan Profesion Maritim | Makna | 25.02.2023 |
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaan | Profesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah. | Makna | 26.07.2009 |
Kelulusan Teks Guru membentuk semua profesion menjadi kenyataan teachers make all other professions possible | Jawapan Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Teachers make all other professions possible" adalah seperti yang berikut: 1. Guru merealisasikan semua profesion 2. Guru menjadikan semua profesion satu kenyataan 3. Guru menghasilkan semua profesion. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan | Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan. | Makna | 06.04.2009 |
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial di negara ini dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata MPKS akan bertindak sebagai medium untuk membincangkan cadangan penambahbaikan latihan dan program pembangunan profesional berterusan bukan hanya dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam kerja sosial di sektor swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Ini akan membantu melancarkan jaringan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional, perkongsian amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasuklah pada peringkat antarabangsa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. | Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Tatabahasa | 05.05.2024 |
Saya mohon pengesahan dan penambahbaikan terjemahan tema persidangan kami seperti berikut : Strengthening The Profession For A Sustainable Future diterjemah sebagai ‘Mengukuhkan Profesion untuk Masa Depan yang Mampan' terima kasih | Penambahbaikan yang dicadangkan ialah Memperkukuh Profesion untuk Masa Depan yang Mampan | Tatabahasa | 13.08.2016 |
Saya ingin bukukan pengalaman profesion lebih daripada 2000 tahun. Pohon syor perkataan yang sesuai menggantikan 2000 tahun kepada DEKAT, ABAD atau _____. Saya perlukan dalam kadar segera. TK banyak-banyak kerana membantu. | Untuk menggantikan 2000 tahun, saudara boleh menggunakan "20 abad" atau "200 dekad". | Lain-lain | 06.08.2007 |
Salam sejahtera Tuan, Saya bagi pihak Profesion Penolong Pegawai Farmasi Malaysia ingin mendapat khidmat nasihat pihak Tuan berkaitan pemilihan nama jawatan baru. Kami telah di minta oleh pihak atasan untuk mengenal pasti dan memilih nama jawatan baru selaras dengan pendaftaran didalam Akta Farmasi baru nanti yang mana akan diguna pakai oleh pihak penjawat Awam, Badan berkanun, Swasta dan Industri. Cadangan kami dalam Persatuan adalah menggunakan Teknologis Farmasi (Pharmacy Technologist) atau Juruteknologi Farmasi. Apakah pandangan pihak Tuan? Terima kasih | Salam sejahtera. Tuan, tiada istilah "Teknologis" dalam data istilah kami. Perkataan "Technologist" ditakrifkan sebagai "ahli teknologi atau juruteknologi", manakala "pharmacy" ialah "farmasi". Oleh itu, "Juruteknologi Farmasi" lebih sesuai digunakan. | Istilah | 17.05.2015 |