Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat profesional yang sesuai digunakan dalam bentuk e-mail selain "Salam Sejahtera" (Pembukaan e-mail)Kebiasaanya, frasa yang digunakan seperti "Assalamualaikum", "Selamat Sejahtera", "Selamat Pagi", "Salam Hormat",  atau "Salam Takzim"Tatabahasa20.08.2015
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.qTerdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item.Tatabahasa01.09.2015
saya ingin mohon nasihat berkenaan perkataan "keprofesionalan". yang biasa saya dengar "keprofesionalisme". adakah ia boleh digunakan?Perkataan yang betul ialah keprofesionalan atau profesionalisme yang bermaksud kemampuan yang khusus (sebagai seorang profesional), keupayaan seorang profesional. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan. Makna31.03.2009
definisi bidang professional dan bidang bukan professional.Menurut Kamus Dewan, profesional berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll) atau golongan atau ahli yang mempunyai kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan ini, diharap dapat membantu saudara untuk membezakan antara profesional dan tidak profesional.Makna01.08.2007
Adakah istilah "Professional Learning Community" boeh diterjemah sebagai "Komuniti Pembelajaran Profesional"?Ya, betul. Komuniti Pembelajaran ProfesionalMakna14.02.2020
Kepada pegawai yang berkenaan, Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan "Chartered" untuk yang berikut: 1) Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (sebuah institusi profesional) - Yang mana di antara "Berpiagam" dan "Berkanun" lebih sesuai? 2) Chartered Professional in Islamic Finance (individu profesional dalam kewangan Islam) - Yang mana di antara "Bertauliah" dan "Berkanun" lebih sesuai? Terima kasih.

Merujuk Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, chartered diberikan padanan berkanun atau berpiagam, iaitu chartered company diberikan padanan syarikat berpiagam/syarikat berkanun. Tuan boleh menyemak semula frasa dalam bahasa Inggeris Chartered Institute of Islamic Finance Professionals kerana agak data kami menunjukkan kata Professionals  merujuk pada orang yang profesional. Bagi frasa yang tuan kemukakan kami mencadangkan padanan Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun. Begitu juga, kami mohon tuan menyemak frasa Chartered Professional in Islamic Finance. Kami mencadangkan Profesional Kewangan Islam Bertauliah, namun dari segi makna frasa ini tidak merujuk pada individu seperti maksud yang tuan maklumkan.

 

Istilah23.01.2015
Menurut Kamus Dewan (2015:1439-1440), "semi" ialah awalan asing. Jika digabungkan dengan kata nama am, ditulis secara bercantum seperti "semifinal". Walau bagaimanapun, didapati "semi" + "profesional" dieja secara terpisah pula dengan tanpa sempang ( Kamus Dewan 2015:144). Adakah "Semi-profesional" tersebut dieja dengan betul? Harap dapat kepastian. Terima kasih.Tuan/Puan,

Untuk makluman, perkataan semi-professional/semi profesional tersebut merupakan ejaan lama dan tidak lagi digunakan. Pihak DBP akan mengemas kini maklumat tersebut.
Tatabahasa12.11.2017
salam 1Malaysia, saya memohon cadangan ayat untuk contoh pernyataan di bawah: contoh ayat: Dalam kelompok respons agak ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut sub konstruk dan bilangan item masing-masing iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam sub konstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, pengurusan dan Pembangunan Sekolah, dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. tqDalam kelompok responden yang ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, Pengurusan dan Pembangunan Sekolah serta Pembangunan dan Kebajikan Pelajar.Tatabahasa02.05.2015
Ayat atau ejaan ini betul atau salah? Standard ini adalah panduan untuk pengurusan dan amalan audit yang merangkumi pernyataan terhadap keperluan pelaksanaan secara profesional bagi Audit Dalam untuk menilai keberkesanan prestasi Audit DalamStandard ini ialah panduan pengurusan dan amalan audit yang merangkumi pernyataan terhadap keperluan pelaksanaan secara profesional bagi Audit Dalam untuk menilai keberkesanan prestasi Audit Dalam.Tatabahasa05.05.2017
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
123456

Kembali ke atas