tolong terangkan maksud profesionalisme berdasarkan kamus dewan bahasa berserta contoh terima kasih | Profesionalisme ialah sifat-sifat seperti kemampuan, kecekapan, dan kemahiran tentang cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakuikan oleh seorang profesional seperti peguam dan akauntan. | Makna | 02.05.2008 |
1.etika kerja 2.profesionalisme 3.akauntabiliti 4.peraturan 5. tonggak dua belas. | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara. | Lain-lain | 26.11.2011 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih. | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata. 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu 8. pembimbing yang diperakui | Tatabahasa | 04.10.2012 |
Perkataan impartiality dalam bahasa melayu. Dasar kualiti Jabatan Kimia Malaysia ..."Professionalism, impartiality, confidentially....' dialih menjadi ...."Profesionalisme, ??????????, kerahsiaan. apakah perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan impartiality - contoh keputusan analisis kimia tidak dipengaruhi mana-mana pihak | Impartiality = Kesaksamaan | Makna | 25.04.2018 |
saya ingin mohon nasihat berkenaan perkataan "keprofesionalan". yang biasa saya dengar "keprofesionalisme". adakah ia boleh digunakan? | Perkataan yang betul ialah keprofesionalan atau profesionalisme yang bermaksud kemampuan yang khusus (sebagai seorang profesional), keupayaan seorang profesional. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 31.03.2009 |
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi. | Saudara, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 19.12.2009 |
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tq | Untuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan. | Ejaan | 02.09.2015 |
apakah yang dimaksudkan kepuasan kerja dalam sukan,budaya kerja dalam sukan,subordinat dalam sukan dan formalisasi dalam sukan. | Sila rujuk artikel majalah dibawah. Terima kasih TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN TERBITAN Atlit Malaysia dan pengurusan sukan | W. R. Jitto | Dewan Budaya | 01/05/1998 Cabaran meningkatkan industri sukan | | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Industri sukan berpotensi luas (diwawancara oleh Amin Shakib) | Khoo Kay Kim | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Ke mana haluan industri sukan? | Amin Shakib | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Perancangan sukan | Shahar Ashari | Dewan Siswa | 01/04/1990 Profesionalisme dalam sukan | Azmi Khairi Zainin | Dewan Masyarakat | 01/10/1994 Profesionalisme penyelamat industri sukan | Afiq Nuradli | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Sukan dan pembangunan negara | Kushel Singh | Dewan Siswa | 01/05/1998 | Lain-lain | 20.07.2008 |
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih. | Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME MELALUI PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI. | Tatabahasa | 14.11.2013 |