Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pensyarah di universiti yg tarafnya di bawah profesor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesor madya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1. Saya ingin bertanya mengenai ejaan sebenar dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato', ejaannya adakah Y. Bhg. Dato', atau Yg. Bhg. Dato'? 2. Bolehkah saya gunakan dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato' digunakan untuk jawatan Profesor, Profesor Madya dan Tuan Haji?. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah YBhg. Dato' dan khusus kepada mereka yang mendapat gelaran Dato'/Datuk sahaja tak kiralah profesor atau siapa jua.Ejaan22.05.2008
APAKAH GELARAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI PROFESOR MADYA DR. ? YANG BERBAHAGIA ATAU YANG BERUSAHA?
Gelaran yang digunakan ialah Tuan/Puan sahaja  melainkan beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. 
Lain-lain15.02.2018
maksud associate professor dalam bahasa melayu?

Padanan dalam bahasa Melayu bagi "associate professor" ialah profesor madya.

Makna22.05.2009
Can i know the meaning of "Madya" and the what way it is being used?Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. Makna06.05.2008
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan.Tuan/puan,

Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang.
Lain-lain15.05.2018
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
Adakah terdapat perbezaan antara gelaran Prof. dan Prof. Dr.? Kerana terdapat doktor perubatan (Dr.) yang mendapat gelaran Profesor dan juga pensyarah biasa yang mendapat geraran Profesor.

 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan dan 2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian. Sekiranya seorang doktor perubatan telah menghabiskan pengajian pada peringkat sarjana kehormat (PhD), beliau akan mendapat gelaran Dr. Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. 

Tatabahasa30.05.2014
Assallamualaikum saya Saiful Bahari Bin Ahmad bekas Prof.Madya yang mengajar di Tokyo Universiti of Foreign Studies,Tokyo.Begini pada pertengahan bulan lepas saya telah dihubungi oleh seorang pegawai DBP berhubung tentang soal pembayaran royalti bagi buku Kenangan untuk Profesor Shoho Isamu.Menurutnya cek telah dikirimkan ke alamat saya di Jepun tahun lalu tapi telah dikembalikan kerana saya telah berpindah ke Malaysia .Segala butiran peribadi telah saya berikan yaitu no akaun ,no KP dan lain lain untuk pengiriman semula royalti tersebut.Namun sehingga kini saya belum menerima apa apa maklum balas tentang perkara tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih.Untuk  makluman tuan, pihak kami sudah mengurus semula bayaran royalti untuk buku tuan itu.  Bayaran tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tuan pada 9 Julai 2013. Mohon tuan hubungi kami lagi sekiranya berlaku masalah selepas tarikh tersebut.Lain-lain04.07.2013
Tuan Mohon bertanya :- 1) Kedudukan huruf yang betul (ejaan yang betul) bagi gelaran / pangkat :- a) Y.Bhg. Dato' dan lain-lain b) Yang Berusaha c) Yang Hormat 2) Gelaran / pangkat di dalam surat rasmi untuk :- a) Profesor (perlu ada Y.Bhg.) b) Prof. Madya (adakah perlu ada juga Y.Bhg. juga?) c) Dr. (adakah perlu ada juga Y.Bhg. juga?) Kerjasama tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

1.   Ejaan yang betul (a)YBhg. Dato’ ; (b) Yang Berusaha; (c) Yang Berhormat

 

2.   Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan,  sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) atau Prof. Madya ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof.  Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...".

Tatabahasa25.03.2014

Kembali ke atas