| Salam tuan, saya mahukan maksud ayat ini : "futuring a maritime profession" adakah bermaksud menjadikan profesion maritim sebagai profesion pilihan pada masa akan datang? Perkataan "futuring" saya kurang arif terima kasih | Cadangan terjemahan bagi futuring a maritime profession ialah Masa Depan Profesion Maritim | Makna | 25.02.2023 |
| Apa kaedah membentuk kata bahasa Melayu daripada pinjaman/serapan bahasa Inggeris melibatkan -sion? Kenapa television menjadi televisyen, vision menjadi visi, profession menjadi profesion? | Untuk maklumat tuan/puan, sesuatu istilah dibentuk berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM, 2005). Dari segi pembentukan istilah, pinjaman/serapan bahasa Inggeris yang melibatkan -sion dipadankan dengan -sion, -si atau -syen. Oleh yang demikian, (profession - profesion, vision - visi dan television - televisyen). Lazimnya, kata yang terserap sepenuhnya dari segi ejaan dan bunyi adalah melalui penciptaan istilah (Nik Safiah et al., 2013). Selain itu, istilah asing tersebut telah sebati dalam pengucapan dan penulisannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 15.02.2024 |
| Saya mohon pengesahan dan penambahbaikan terjemahan tema persidangan kami seperti berikut : Strengthening The Profession For A Sustainable Future diterjemah sebagai ‘Mengukuhkan Profesion untuk Masa Depan yang Mampan' terima kasih | Penambahbaikan yang dicadangkan ialah Memperkukuh Profesion untuk Masa Depan yang Mampan | Tatabahasa | 13.08.2016 |
| Assalam DBP Saya ingin dapatkan kepastian adakah perkataan “Jurukur” hanya boleh digunakan oleh Jurukur Tanah Berlesen sahaja? Pihak Lembaga Jurukur Tanah telah melarang profession jurukur lain (iaitu Jurukur Bahan, Jurukur Penilaian & Jurukur Bangunan) untuk menggunakan perkataan “jurukur” dalam nama syarikat. Adakah pihak DBP ada mewartakan perkataan “Jurukur” hanya boleh digunakan oleh 1 profesion sahaja? | Kamus hanya memberikan takrifan makna sesuatu perkataan. Perkataan standard yang dirakamkan dalam kamus ialah "juruukur". | Ejaan | 27.12.2021 |