Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (UK) lecturer in university department, profesor: he was made ~ at the age of thirty four, dia dilantik sbg profesor ketika berusia tiga puluh empat tahun; ~ of chemistry, profesor kimia; 2. (US)teacher at university or college, pensyarah; 3. (jocular) title taken by instructors of various skills, profesor: Madam Tagor, ~ of cookery!, Puan Tagor profesor masak-memasak!. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata professor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?)

Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut.

Ejaan10.09.2011
Tuan, Memohon untuk memastikan pangkat untuk disertakan dalam penulisan nama dalam sijil, contohnya: Kalau seseorang berpangkat Professor, Professor Madya dan lain-lain, macamana nak letak di dalam sijil. terima kasih.Untuk penulisan dalam sijil, kami mencadangkan nama ditulis dengan menyertakan sekali jawatan yang diperoleh oleh penerima sijil tersebut.Lain-lain22.11.2013
Panggilan Professor dalam surat rasmiSapaan yang lazim digunakan untuk Professor ialah tuan kerana Professor bukan dikategorikan dalam kumpulan gelaran kehormat yang disapa dengan YBhg. Walau bagaimanapun sebagai menghormati kepakaran golongan Prefessor ini tidak salah jika kita menggunakan sapaan YBhg.Tatabahasa13.12.2010
maksud associate professor dalam bahasa melayu?

Padanan dalam bahasa Melayu bagi "associate professor" ialah profesor madya.

Makna22.05.2009
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
Kajian tentang penggunaan internet dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat telah dijalankan oleh Professor Ahmad. Adakah ejaan Tingkatan Empat mesti ditulis dalam huruf besar pada awal perkataanTingkatan empat dalam ayat tersebut bukan nama khas, oleh itu huruf pertamanya ditulis dengan huruf kecil sahaja.Tatabahasa28.05.2010
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan harus diutamakan kepada jemputan atau ketua di organisasi tersebut? contohnya, tetamu tersebut hanya berpangkat biasa tetapi ketua tersebut berpangkat professor di sesebuah iptSebagai pengacara sapaan atau kata alu-aluan haruslah menyebut  jawatan tertinggi dahulu, tidak kira beliau dari pihak organisasi itu sendiri atau pun dari pihak tetamu yang dijemput. Secara protokolnya sapaan atau alu-aluan menyebut jawatan tertinggi dan seterusnya ke bawah.Lain-lain05.08.2016

Kembali ke atas