Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasih | Nama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan) | Lain-lain | 05.01.2018 |
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian. | Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian | Lain-lain | 10.01.2018 |
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan. | (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan. (4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2017 |
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini. | Ayat sepatutnya: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif. | Tatabahasa | 29.06.2010 |
Assalammualaikum, saya ingin mengutarakan soalan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, seperti yang saya maklum dibawah jabatan ini terbahagai kepada lima bahagian dan masing-masing mempunyai cara dan fungsi yang tersendiri. Soalan saya ialah seperti berikut: 1. Apakah peranan bagi setiap bahagian? 2. Pada tahun 2013 berapa program dan aktiviti yang telah diusahakan dan dijalankan oleh jabatan ini? | Jawapan soalan pertama iaitu, peranan setiap bahgian dalam Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Kuala Lumpur termasuklah seperti yang berikut: · Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara. · Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan. · Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu. · Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan. · Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera). · Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera. · Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri). Untuk jawapan soalan kedua, DBP Kuala Lumpur tidak memberikan data jumlah keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera kepada pihak yang tidak berkepentingan. Sekiranya puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan data tersebut, mohon puan menghantar permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dengan menyatakan justifikasi maklumat tersebut diperlukan. Surat permohonan rasmi boleh terus dihantar kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP Kuala Lumpur, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.03.2014 |
salam sejahtera... mana satukah penggunaan ayat yang betul? 1. Program itu bermula pada Rabu ini. 2. Program itu bermula pada hari Rabu ini. memadaikah pada Rabu sahaja kerana perkataan Rabu itu sendiri sudah menunjukkan hari atau perlu juga diletakkan perkataan hari? | Salam sejahtera. Kedua-dua contoh ayat tersebut betul dari segi makna. Namun, ayat yang lebih gramatis ialah "Program itu bermula pada hari Rabu ini". | Tatabahasa | 16.12.2014 |
Mohon sahkan penggunaan bahasa ini dan sekiranya salah mohon perbetulkan: 1. Program Agropreneur Muda 2. Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016 4. Anugerah Usahawan Agrobank Cemerlang 2016 Terima Kasih | Penggunaan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Program Usahawan Tani Muda 2. Anugerah Usahawan Tani Agrobank 2016 3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016
| Istilah | 07.04.2016 |
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlis | Tajuk yang sesuai digunakan: 1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH 2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH | Lain-lain | 08.02.2018 |
Bagi nama program, perlukah dibuat begini: 1) Tanda petik tunggal 2) Nama program ditulis huruf besar pada setiap pangkal perkataan. Saya sudah mula membuat program hujung minggu seperti, 'Estim Diri', 'Estim Diri di dalam Bilik Darjah', 'Mencipta Kekayaan', dan 'Hidup Berlandaskan Prinsip Kejayaan'. | Tanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Estim Diri'." | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |