apakah istilah yang tepat bagi Scrum, Extreme Programming (XP), Crystal, Dynamic Systems Development Method (DSDM), Lean Development, and Feature-Driven Development (FDD) dalam kaedah pembangunan perisian? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Scrum - Skrum Extreme Programming (XP) - Pengaturcaraan Ekstrem Crystal - Kristal Dynamic Systems Development Method (DSDM) - Kaedah Pembangunan Sistem Dinamik Lean Development -Pembangunan Padu Feature-Driven Development (FDD) - Pembangunan Berpandukan Ciri/Pembangunan Pacuan Ciri | Istilah | 14.03.2017 |
Apakah istilah bahasa Melayu untuk "Neuro Linguistik Programming" atau NLP? | Belum ada istilah dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah Pemprograman Neurolingustik. Terima kasih. | Istilah | 16.05.2018 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "css"? Ia juga dipanggil sebagai "Cascading Style Sheets" dan ia berkenaan computer programming. Maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Cascading_Style_Sheets Terima kasih. | Istilah untuk "cascading style sheet" dalam bidang Teknologi Maklumat ialah lembaran gaya lata. | Istilah | 15.10.2012 |
salam.... ada satu istilah english yang saya nak translate jadi bahasa melayu... library... dalam bahasa standard kita panggil pustaka kan? tapi library ni untuk programming.... boleh rujuk sini... https://en.wikipedia.org/wiki/Library_(computing).. kalau boleh kami nak tau apa istilah yang sesuai? istilah ni akan digunakan dalam buku rujukan pelajar2 sekolah menengah.. dan nak istilah yang sesuai dengan pemahaman diorang gak.... terima kasih. | Salam, Pihak DBP mencadangkan supaya digunakan perkataan pustaka digital/ perpustakaan digital. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.09.2017 |
salam.... ada satu istilah english yang saya nak translate jadi bahasa melayu... library... dalam bahasa standard kita panggil pustaka kan? tapi library ni untuk programming.... boleh rujuk sini... https://en.wikipedia.org/wiki/Library_(computing).. kalau boleh kami nak tau apa istilah yang sesuai? istilah ni akan digunakan dalam buku rujukan pelajar2 sekolah menengah.. dan nak istilah yang sesuai dengan pemahaman diorang gak.... terima kasih.. | Salam, Pihak DBP mencadangkan supaya digunakan perkataan pustaka digital/ perpustakaan digital | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2017 |
IMPLANTED DEFIBRILLATOR TESTING involving electrocardiography, assessment of pacing and sensing thresholds for pacing and defibrillation electrodes, download and interpretation of stored events and electrograms, including programming when required Adakah betul penterjemahan berikut: UJIAN DEFIBRILATOR DITANAM yang melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk perentak dan elektrod defibrilator, muatturun dan interpretasi bagi peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk membuat program bila perlu | Terjemahan yang sesuai ialah Ujian defibrilator implan melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk elektrod perentak dan elektrod defibrilasi, memuat turun dan mentafsir peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk pengaturcaraan apabila diperlukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2017 |
Saya ingin tahu, apakah padanan bahasa Melayu bagi perkataan "deprecate" (istilah komputer)? Dalam bidang komputer, perkataan bahasa Inggeris "deprecate" bermaksud "tidak menggalakkan penggunaan sesetengah istilah, ciri-ciri, atau amalan di dalam suatu suasana pembangunan komputer, selalunya kerana ianya telah digantikan dengan yang baharu ataupun kerana ianya dianggap sudah tidak efisien atau tidak selamat untuk digunakan – tetapi istilah, ciri-ciri atau amalan tersebut tidak dibuang sepenuhnya, tidak dilarang penggunaannya, dan penggunaannya tidak salah justeru tidak boleh dikutuk atau dikecam." contohnya seperti, 1) Unsur di dalam bahasa tandaan hiperteks (HTML) telah "deprecate" setelah wujudnya lembaran gaya lata (CSS). (Bahasa Inggeris: The element was DEPRECATED in the hypertexts markup language HTML after the existance of Cascading StyleSheet CSS.) 2) Pengenalan modul cifs di dalam inti Linux telah meng-"deprecate" modul smbfs. (Bahasa Inggeris: The introduction of cifs module in Linux kernel has DEPRECATED the smbfs module.) 3) Fungsi piawai gets() di dalam bahasa pengaturcaraan C adalah "deprecate" kerana ia boleh menyebabkan limpah atas penimbal terhadap atur cara yang menggunakan fungsi tersebut. (Bahasa Inggeris: The standard function gets() in C programming language is a DEPRECATE since it could cause a buffer overflow to the programs using the function.) Kesemua contoh di atas menunjukkan sesuatu yang "deprecate" masih boleh d | Tiada maklumat berkaitan kata deprecate dalam bidang komputer dalam pangkalan data DBP. Daripada konteks penggunaan yang diberikan, kami mencadangkan padanan ‘isih’ atau ‘pengisihan’ sekiranya bersesuaian dengan maksud yang anda utarakan. Kami akan memajukan pertanyaan istilah ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan keputusannya akan dimaklumkan kepada anda. | Makna | 14.12.2017 |