Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "syndication" yang merujuk kepada "broadcast syndication". Broadcasting syndication is the license to broadcast television programs and radio programs by multiple television stations and radio stations, without going through a broadcast network. Terima kasih | Padanan untuk perkataan syndication dalam bahasa Melayu ialah sindiket. Salah satu definisi sindiket mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sindiket ialah kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama. Broadcast syndication = Sindiket Penyiaran Terima kasih. | Makna | 12.10.2017 |
Saya ingin tahu terjemah yang sesuai utk perkataan educator motivator. Contoh ayat: she work as educator motivation, and lead multiple joint venture programs involving government sector. Terima kasih. | Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk “educator motivator” ialah “pakar motivasi pendidik” | Istilah | 03.02.2021 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi 'digital citizenship' dan 'device' dalam ayat berikut : Many schools using one-to-one or bring-your-own-device programs are incorporating digital citizenship messages into their lesson plans. Terima kasih. | Padanan istilah yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. device - peranti 2. digital citizenship - generasi digital | Istilah | 28.05.2018 |
Saya ingin tahu, apakah padanan bahasa Melayu bagi perkataan "deprecate" (istilah komputer)? Dalam bidang komputer, perkataan bahasa Inggeris "deprecate" bermaksud "tidak menggalakkan penggunaan sesetengah istilah, ciri-ciri, atau amalan di dalam suatu suasana pembangunan komputer, selalunya kerana ianya telah digantikan dengan yang baharu ataupun kerana ianya dianggap sudah tidak efisien atau tidak selamat untuk digunakan – tetapi istilah, ciri-ciri atau amalan tersebut tidak dibuang sepenuhnya, tidak dilarang penggunaannya, dan penggunaannya tidak salah justeru tidak boleh dikutuk atau dikecam." contohnya seperti, 1) Unsur di dalam bahasa tandaan hiperteks (HTML) telah "deprecate" setelah wujudnya lembaran gaya lata (CSS). (Bahasa Inggeris: The element was DEPRECATED in the hypertexts markup language HTML after the existance of Cascading StyleSheet CSS.) 2) Pengenalan modul cifs di dalam inti Linux telah meng-"deprecate" modul smbfs. (Bahasa Inggeris: The introduction of cifs module in Linux kernel has DEPRECATED the smbfs module.) 3) Fungsi piawai gets() di dalam bahasa pengaturcaraan C adalah "deprecate" kerana ia boleh menyebabkan limpah atas penimbal terhadap atur cara yang menggunakan fungsi tersebut. (Bahasa Inggeris: The standard function gets() in C programming language is a DEPRECATE since it could cause a buffer overflow to the programs using the function.) Kesemua contoh di atas menunjukkan sesuatu yang "deprecate" masih boleh d | Tiada maklumat berkaitan kata deprecate dalam bidang komputer dalam pangkalan data DBP. Daripada konteks penggunaan yang diberikan, kami mencadangkan padanan ‘isih’ atau ‘pengisihan’ sekiranya bersesuaian dengan maksud yang anda utarakan. Kami akan memajukan pertanyaan istilah ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan keputusannya akan dimaklumkan kepada anda. | Makna | 14.12.2017 |