Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata projek tahun akhir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Saya Aisyah pelajar UiTM Tahun Akhir dalam jurusan Statistik ingin bertanya adakah pihak DBP mempunyai kamus Bahasa Melayu dalam bentuk coding untuk kegunaan Projek Tahun Akhir saya yang berkaitan dengan teks analisis. Sekiranya ada, bolehkah pihak DBP berkongsi coding tersebut dengan saya? Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak DBP amatlah dihargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Salam sejahtera, Kamus Bahasa Melayu dalam bentuk coding Untuk makluman, Bahagian Perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mempunyai atau menerbitkan kamus Bahasa Melayu dalam bentuk coding seperti yang diperlukan oleh Puan Aisyah Hamizah binti Azmi. Oleh yang demikian, kami memohon maaf kerana tidak dapat membantu saudari. Sekian, terima kasih.Lain-lain22.03.2021
Saya sedang membuat kajian mengenai information seeking behaviour di kalangan pelajar tahun akhir yang menuntut di IPTA. Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan penyelidikan bagi projek tahun akhir. Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam dua persoalan: 1. Pensyarah saya yang berpengalaman dalam bidang information seeking behaviour menyatakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" adalah lebih sesuai digunakan berbanding "tingkah laku mendapatkan maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour. Bolehkah saya menggunakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour dalam kajian saya? 2. Apakah tajuk (a atau b) yang sesuai digunakan bagi kajian yang saya lakukan? Saya tidak pasti sama ada kata penghubung “yang” atau “dalam” yang sesuai digunakan. a. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. b. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Jika kedua-dua tajuk kurang sesuai, diharap pihak tuan dapat memberikan tajuk yang sesuai dari segi bahasa melayu. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

1. Istilah tingkah laku pencarian maklumat" sesuai sebagai padanan istilah information seeking behaviour.

2. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. - Frasa ini yang lebih sesuai

Tatabahasa16.10.2008
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang maksud Parental Mediation dalam istilah bahasa melayu. Hal ini sedemikian kerana saya agak keliru dengan penggunaan perkataan tersebut apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu iaitu pengantaraan ibu bapa. Saya amat memerlukan defini tersebut untuk memudahkan saya melakukan projek tahun akhir saya di universiti. Sekian. Terima kasih.Untuk makluman, "parental mediation" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, kami tidak dapat memberikan maksud atau definisi istilah tersebut.Istilah05.10.2016
Saya ingin bertanya sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai database atau koleksi terjemahan(translated) dokumen seperti artikel,novel,jurnal dan sebagainya didalam bahasa melayu ke bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan oleh professional. Saya memerlukan dokumen-dokumen tersebut bagi projek tahun akhir saya di university untuk digunakan sebagai data yang akan digunakan didalam system yang akan dibina ini meggunakan "Machine Learning" dimana apabila pengguna ingin mencari terjemahan perkataan di dalam dokumen yang dibaca sama ada di dalam bahasa Melayu atau Inggeris, system ini akan memberi maksud perkataan yang di minta. Saya amat memerlukan data-data tersebut bagi menyempurnakan projek ini. Sekiranya data-data ini boleh didapati, saya akan berhubung dengan pihak DBP dengan segera. Saya berharap pihak DBP dapat memberi respon dengan segera. Sekian terima kasih.Kami tidak mempunyai koleksi terjemahan yang khusus seperti yang saudara maksudkan. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS untuk mendapatkan maklumat tersebut.Lain-lain22.12.2009
saya dimaklumkan bahawa dalam majalah dewan Sastera terbitan tahun 80-an terdapat skrip 'perhiasan kaca' terjemahan daripada skrip 'The Glass Menagerie' oleh Tennessee Williams. Saya telah membuat rujukan di perpustakaan USM namun tiada dalam simpanan Perpustakaan. Jadi, saya mengharapkan kerjasama pihak DBP memberikan saya salinan skrip tersebut kerana saya ingin mempersembahkan skrip tersebut sempena projek Tahun Akhir bahagian Drama dan Teater, Pusat Pengajian Seni, USM. Semoga pihak DBP dapat membantu saya dalam mendapatkan salinan skrip tersebut. Terima Kasih.Terima kasih kerana merujuk Dewan Sastera dalam projek drama dan teater. Kami sedang mengesan skrip tersebut dan sekiranya ditemui, akan dikirimkan kepada tuan melalui faks. Sila nyatakan nombor faks tuan. Lain-lain16.07.2008
Saya sedang melaksanakan tugasan projek akhir tahun saya yang memerlukan database Kamus Dewan Bahasa edisi ke 4. Sebahagian dari fungsi projek saya adalah untuk membolehkan pengguna melihat maksud perkataan yang sama dengan maksud di dalam kamus tersebut. Bolehkah saya mendapatkan akses kepada database Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4. Sekiranya boleh, bagaimana untuk saya mendapatkannya? Terima kasih.

Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan akses bagi pangkalan data (database) Kamus Dewan Edisi k-4 untuk paparan umum. Untuk melihat maksud perkataan, pengguna boleh melayari laman web kami, iaitu https://prpm.dbp.gov.my/ Dalam laman web yang sama juga data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna untuk rujukan.

Lain-lain05.08.2020
Assalamualaikum, Pada akhir bulan Disember 2012 saya ada melihat suatu iklan tentang tawaran penerbitan berpakej 2012 di dalam sebuah akhbar harian tempatan. Kemudiannya saya mendapatkan maklumat lanjut daripada laman web rasmi DBP. Walaubagaimanapun saya tidak terus menyimpan borang permohonan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Apabila saya cuba meneliti balik borang permohonan tersebut melalui laman web DBP, borang tersebut sudah tidak dapat dimuat turun lagi. Pertanyaan saya ialah: 1. Masih terbuka kah tawaran tersebut? 2. Jika masih terbuka, bolehkah nasihatkan saya bagaimana untuk memohon. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. Nazruzila RaznizaWksalam puan, terima kasih kerana berminat untuk menulis dengan DBP. Penerbitan berpakej ini mula dilaksanakan pada tahun 2013 (pembinaan manuskrip). Projek berterusan sehingga tahun 2020. Buku yang akan diterbitkan untuk sasaran pembaca dewasa (umum/ilmiah), remaja dan kanak-kanak. Karya boleh dalam pelbagai genre, sama ada kreatif atau bukan kreatif. Mohon e-melkan kepada rosnah@dbp.gov.my untuk dapatkan borang dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.
Hajah Rosnah Awang
Ketua Editor
Bahagian Buku Kank-kanak dan Remaja
Jabatan Penerbitan, DBP.
Lain-lain12.01.2013

Kembali ke atas