Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.li.fik] | ڤروليفيک

Definisi : banyak menghasilkan karya, banyak hasil tulisannya (ciptaannya): seorang penulis yg ~ dan sehingga kini telah menghasilkan lebih drpd 14 buah buku; dramatis yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prolifik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh bagi penerangan antara tatakelola dan karenah birokrasiTatakelola atau tadbir urus bermaksud pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yg ditetapkan, dan menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan serta ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan.

Kerenah birokrasi pula bermaksud proses atau urusan kerja, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang terpaksa melalui pelbagai peringkat kelulusan dan mengambil masa yang sangat lama, sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my.

Makna19.08.2025

Kembali ke atas