Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proof


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ingin mencari istilah yang tepat dalam bahasa melayu bagi PROOF OF CONCEPT (POC)..Adakah Pembuktian Konsep boleh merujuk tepat kepada POC... terima kasih A proof of concept (POC) or a proof of principle is a realization of a certain method or idea to demonstrate its feasibility, or a demonstration in principle, whose purpose is to verify that some concept or theory has the potential of being used. A proof of concept is usually small and may or may not be complete.Cadangan terjemahan proof of concept kepada pembuktian konsep boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan26.06.2015
Perlukan Proof Read untuk banting dalam kadar segara Sila lihat lampiranUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.10.2015
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan terjemahaan dalam Bahasa Melayu bagi frasa Bahasa Inggeris "put to strict proof" untuk kegunaan dalam bidang undang-undang. Sekian.Terjemahan yang sesuai bagi put to strict proof ialah sediakan bukti yang kukuh atau berikan bukti yang kukuh. Sila berikan ayat penuh supaya kami dapat memberikan terjemahan yang betul mengikut konsep ayat. SekianPenyemakan dan penterjemahan09.04.2018
Apa perbezaan uji cuba, uji nilai dan proof of concept?“Uji cuba” bermaksud penyelidikan dan usaha untuk mengetahui, memastikan atau mendapatkan sesuatu.


“Uji nilai” pula bermaksud usaha atau perbuatan untuk menentukan nilai, kualiti dan lain-lain. Kedua-dua ujian ini saling berkaitan, bergantung pada tujuan dan keperluan sesuatu bidang.


Kami mencadangkan “proof of concept” diterjemahkan sebagai “pembuktian konsep” atau “bukti konsep”. 


Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk laman web https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain12.08.2021
Apakah perbezaan antara pembuktian konsep (proof of concept) dengan projek/uji rintis (pilot project/test)? Adakah kedua-dua istilah ini membawa maksud yang sama?Soalan tuan/puan memerlukan rujukan khusus dan penjelasan yang lebih terperinci. Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel setelah mendapat maklumat berkenaan. Untuk maklumat tambahan, tuan/puan boleh melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/Istilah07.04.2022
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk "proof of payment".Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah bukti pembayaran.Penyemakan dan penterjemahan16.12.2016
1. SIAPAKAH YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MANDAPATKAN PERKHIDMATAN "PROOF READING" VERSI ENGLISH? 2. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DI AMBIL UNTUK PROSES BERKENAAN? 3. BERAPAKAH BAYARAN YANG AKAN DIKENAKAN?

Puan,

Sila hubungi Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia e-mel s.rafiah@itnm.com.my atau saodah69@yahoo.com.

 

Lain-lain21.05.2010
Saya ingin bertanya terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan Future-proof. Terima kasih.Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat, agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat Makna20.05.2022
Saya mohon bantuan menterjemah ayat ini yang berkaitan dengan bidang IT. 1. Such tools generate proof obligations and prove the obligations through automatic and interactive provers. 2. The specification is feed into the verification tools for syntax and semantic checking. terima kasih.Untuk makluman puan kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu, puan perlu menterjemahkan dahulu teks tersebut ke dalam bahasa Melayu dan kami akan menyemak terjemahan yang telah dibuat.Lain-lain16.10.2012
Tuan/Puan, Nama saya Jasmine. Saya merupakan Editor bagi majalah Ibu & Ayah. Saya ingin mengajukan satu pertanyaan. Adakah DBP menawarkan perkhidmatan 'proof read' majalah? Ini adalah kerana kami ingin memastikan bahasa yang digunakan dalam majalah kami adalah yang paling tepat. Dan kami ingin juga mendapatkan nasihat dari segi kemajuan majalah kami pada masa depan. Diharap pihak DBP dapat memberikan nasihat untuk soalan saya di atas. Terima kasih. Jasmine 03-9101 3050

Terima kasih kerana ingin mendapatkan khidmat DBP dalam hal bahasa dan penerbitan majalah. Secara rasminya, khidmat bahasa yang diberikan oleh DBP  merangkumi pertanyaan khusus tentang ejaan, istilah dan tatabahasa. Tentang penerbitan  majalah pula, DBP tidak memberikan khidmat rasmi mengenainya. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan mengenai kemajuan majalah puan bolehlah disalurkan kepada saya, Abd. Razak Abu Bakar, e-mel razak3@dbp.gov.my

 

  

Lain-lain07.04.2008

Kembali ke atas