| Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang sebut harga bagi servis "proofreading & editing". Mohon maklumbalas dari pihak Tuan/Puan. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak pruf karya luar, manakala untuk maklumat lanjut tentang semakan dokumen bahasa Melayu tuan boleh menghantarkan e-mel kepada Bahagian Penguatkuasaan melalui alamat e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my atau menghubungi talian 03-2147 9100/9200. | Lain-lain | 11.06.2024 |
| Salam. Saya Pn Ruba di sini ingin bertanya adakah pihak DBP mempunyai khidmat proofreading tesis yg ditulis dalam BM. Jika ada, berapakah bayaran yang dikenakan?Dan brp lama tempoh masa yang diperlukan untuk peoofreading tesis tersebut?Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam sejahtera puan ruby, perkhidmatan membaca pruf tesis. DBP tidak menyediakan perkhidmatan membaca pruf tesis. Semua khidmat membaca pruf buku terbitan DBP menggunakan khidmat syarikat dan individu yang berdaftar dengan Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP. Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 21.04.2020 |
| Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkhidmatan yang boleh diperolehi dari DBP. Bolehkan DBP memberi perkhidmatan proofreading atau pembetulan terhadap struktur bahasa dan ejaan bagi thesis PHD yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Sekiranya boleh, mohon pihak tuan maklumkan bagaimana saya boleh berbuat demikian. Terima Kasih dan salam hormat HARISUNDAR RAJOO TLDM LUMUT | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak pruf karya luar, kecuali karya terbitan DBP. | Lain-lain | 04.10.2016 |
| berapakah kadar bayaran yang dkenakan untuk menterjemah nota atau kertas ilmiah teknikal dari bahasa inggeris ke bahas malaysia? berapapula kadar bayaran untuk 'proofreading' yang dikenakan oleh pihak tuan secara piawainya? | Kadar yang diguna pakai di DBP : bayaran terjemahan teks teknikal daripada bahasa Inggerius kepada bahasa Melayu ialah 0.15 sen/kata. Kadar bayaran penyemakan pruf teks teknikal ialah 0.015 sen/kata. | Lain-lain | 15.11.2007 |
| To whom it may concern, My name is Philip Morgan - I am a native Englishman and have lived in Malaysia since 2004. I currently run an online English grammar and proofreading service. Working mostly for students, I have additionally completed work for a wide variety of clients. Quite by accident, I was introduced to a former employee who proofread for you, and she suggested that I contact you. I would very much like the chance to introduce myself and my services to Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Hopefully whoever reading this message can pass it on to the correct person in the right department :-). I really look forward to speaking or meeting you soon. Yours Sincerely, PhilipMorgan www.grammarproofing.com email - grammarproof@yahhoo.com h/p 012 2483749 | Saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka lebih banyak menerbitkan buku dalam bahasa Melayu. Saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia, no. telefon 03-41497210 atau e-mel itnm.com.my. | Lain-lain | 15.08.2010 |