DEFINISI PENGURUSAN?? PROSES-PROSES PENGURUSAN? MAKSUD: DEMOKRATIK,AUTOKRATIK | Firza, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk definisi pengurusan dan proses pengurusan sila dapatkan buku rujukan yang terdapat di pasaran. Untuk maksud demokratik dan autokratik sila lihat makna yang diberikan ini. Terima kasih. (démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa autikratik- -berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik. | Makna | 19.08.2009 |
tambahan:- saya ingin mengetahui proses-proses yang perlu saya lalui untuk menerbitkan buku? bermula dari peringkat awal hingga akhir? | Assalamualaikum saudara, Sekiranya saudara ingin menerbitkan buku, maka proses yang perlu dilalui pertamanya ialah, saudara perlu mengetahui bidang yang hendak saudara tulis dan kepada siapa sasaran yang hendak ditujukan atau siapa pembacanya. Saudara perlu juga mengetahui cara bagaimana menulis kertas cadangan judul kerana sebelum mengemukakan bahan penulisan sebaik mungkin saudara perlu menyatakan cadangan penulisan ini dalam kertas tersebut dan dikemukakan kepada penerbit. Kertas seharusnya mengandungi halaman tajuk iaitu tajuk lengkap yang berupaya memancing pembaca. Kedua, ia harus juga mengandungi pernyataan konsep buku yang dinayatakan dengan jelas perkara dan skop buku, manfaat dan ciri terbaik buku, mengenal pasti khalayak dan menyatakan wibawa penulis. Perkara ketiga ialah jadual kandungan cadangan. Senaraikan kandungan kertas cadangan dan nomborkan mengikut susunan. Keempat, nyatakan tentang perihal buku - gagasan dan matlamat yang dilakarkan dalam pernyataan konsep. Mengapa buku ini perlu diterbitkan. Kelima, nyatakan perihal penulis, wibawa bidang, kerjaya, pendidikan, anugerah dan penghargaan yang diperoleh dan maklumat diri. Keenam, perihal saingan dan pasaran. Ketujuh, jadual kandungan buku. Kelapan, ringkasan bab dan kesembilan, bab contoh. Kertas ini perlulah dikemukakan kepada kami untuk diluluskan tajuk penulisannya. Setelah diluluskan, barulah penulisan bermula yang harus disiapkan dalam jangka waktu tertentu mengikut jadual yang ditetapkan. Setelah siap lengkap secara keseluruhannya, serahlah judul ini kepada kami untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial/Penerbitan. Apabila diluluskan, saudara dikehendaki menandatangani lesen perjanjian antara penerbit dengan saudara selaku penulis untuk tujuan pembayaran royalti. Proses seterusnya ialah penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, atur huruf, pruf dan seterusnya sehingga buku terbit. Sekiranya, perlukan pertanyaan yang lebih terperinci mohon hubungi saya di talian 03-21481532. Maklumat lebih lanjut akan diberitahu kepada saudara. Sekian, harap maklum. | Lain-lain | 12.06.2010 |
Definisi: pengurusan? terangkan proses-proses pengurusan? Nyatakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang berikut:- a) Demokratik b) Autokratik c) Lassez Faire | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pengurusan ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk pertanyaan yang seterusnya, saudara digalakkan membuat rujukan dan kajian di mana-mana perpustakaan atau pusat sumber atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 20.08.2009 |
proses osmosis berbalik | Tiada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanpun jika merujuk istilah osmosis berbalik ialah padanan reverse osmosis dalam bahasa Melayu. | Istilah | 23.05.2012 |
Apakah perbezaan pemelajaran dengan pembelajaran? Proses penagajaran dan pemelajaran di IPT amat membosankan? Betulkah ayat tersebut? Salam, Imandaniel | Pemelajaran ialah proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam, pembelajaran ialah proses untuk mengetahui ilmu pengetahuan. Ayat 'Proses pengajaran dan pemelajaran di IPT amat membosankan' adalah betul. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCAR | Proses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
Salam... Bagaimanakan proses/tatacara dalam menerbitkan buku ilmiahmelalaui DBP..Apakah syarat-syarat yang dikhendaki? | Proses penerbitan buku ilmiah sama seperti proses penerbitan buku judul am. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Syarat manuskrip lengkap ialah ia mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih. | Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran. Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun. Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas. | Lain-lain | 30.03.2012 |
pembentukan kata-kata ganda dan kata majmuk | Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh (buku-buku), separa (lelaki), dan berentak (sayur-mayur). Pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu. | Tatabahasa | 19.10.2006 |
konsep pembelajaran | Assalamualaikum Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya (i) Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham). (ii) Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat. Jika perkara (i) dan (ii) di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu, (iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham). (iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku. Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir. Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti (i) Behaviourist (ii) Humanist (iii) Kognitivist (iii) Konstructivist Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham. | Lain-lain | 28.03.2010 |