Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.si.ding] | ڤروسيديڠ

Definisi : 1. rakaman maklumat (biasanya di­cetak) tentang perbincangan dan keputusan sesuatu mesyuarat, persidangan dsb: analisis ini ialah ~ mesyuarat jawatankuasa pemuliharaan alam sekitar; 2. (Udg) sebarang tindakan mahkamah yg diambil terhadap seseorang: Akta Bahasa Kebangsaan dipinda bagi membolehkan seluruh ~ mahkamah dijalankan dlm bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prosiding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syamimi Haslan Mar 13th, 11:41am salam, maaf sy nak tanya, dkt DBP ni blh ke kalau sy nak cari prosiding-prosiding sbg rujukan utk kajian sy?Salam, Kami cadangkan tuan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai PDM di talian 03-2147 9634/9631/9655/9637 atau tuan rujuk kepada pihak penganjur program tersebut.Lain-lain13.03.2015
Salam satu Malaysia, Adakah "proceedings of parliament" sesuai diterjemahkan sebagai "prosiding parlimen"? Terima kasih.Terjemahan yang puan cadangkan secara umumnya boleh diterima, lihat kesesuaian dalam konteks penggunaan dan makna yang ingin disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Apakah padanan istilah undang-undang yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk "front company"? Ia merujuk kepada entiti sama ada individu atau kumpulan atau organisasi yang digunakan untuk mengelakkan seseorang pemilik atau anggota syarikat yang lain dikenal pasti. Dalam prosiding perundangan, lazimnya ia turut dikenali sebagai entiti pelindung yang digunakan untuk menyembunyikan sesuatu kegiatan haram. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus istilah "front company" dalam bahasa Melayu.Berdasarkan penerangan puan, penggunaan entiti pelindung bagi "front company" boleh digunakan yang lazim digunakan dalam istilah undang-undang.Lain-lain27.12.2013
Apakah persamaan dan perbezaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan Bahasa Melayu Baku?

Pada umumnya, konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I - VII, Prosiding Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, dan Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 2006 yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Tatabahasa07.01.2013
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu.i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah  tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang  Lain-lain07.06.2008
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih.Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017)Lain-lain25.05.2018

Kembali ke atas