Apakah terjemahan yang betul bagi ayat-ayat berikut: Amended Protocol Terjemahan: Protokol Pindaan, Pindaan Protokol, atau Pindaan kepada Protokol. Printed Name of the Study Doctor Terjemahan: Nama Doktor Kajian Dalam Huruf Cetak, Nama Doktor Kajian Dalam Huruf Cerai, atau Nama Doktor Kajian Dengan Nama Cerai Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. amended protocol: protokol pindaan 2. printed name of the study doctor: nama doktor kajian dalam huruf cetak | Makna | 02.06.2021 |
Terjemahan paling tepat bagi Rich Communication Services (RCS)? Rich Communication Services (RCS)[1] is a communication protocol between mobile telephone carriers and between phone and carrier, aiming at replacing SMS messages with a text-message system that is richer, provides phonebook polling (for service discovery), and can transmit in-call multimedia. | | Makna | 16.04.2022 |
Soalan ini pernah diajukan pada April 2022 dan dinyatakan status soalan tersebut selesai tanpa menyatakan jawapan. Berikut soalan tersebut: Terjemahan paling tepat bagi Rich Communication Services (RCS)? Rich Communication Services (RCS)[1] is a communication protocol between mobile telephone carriers and between phone and carrier, aiming at replacing SMS messages with a text-message system that is richer, provides phonebook polling (for service discovery), and can transmit in-call multimedia. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Rich Communication Services (RCS) ialah Perkhidmatan Komunikasi Aneka (RCS). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 09.02.2023 |
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih. | Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). | Lain-lain | 26.03.2009 |
Assalamualaikum, Saya ada 2 soalan: 1. Adakah DBP menerbitkan buku yang bekait dengan susunan protokol dalam uca[an sesuatu majlis dan buku yang berikaitan surat rasmi yang diterima pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan. Jika ada, saya ingin mendapat maklumat berkaitan judulnya. 2. Saya pernah bertnya tuan berkaitan apitan pemer-...-an dalam BM. Tuan menjelaskan bahawa apitan itu wujud dan meminta saya menyemak Pe;ita Bahasa terbitan 2003. Saya mengajar BM pada peringkat pelajar dewasa dan ada antaranya kalangan bukan Melayu. Dalam Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan utama tatabahsa, tidak pula dinyatakan keujudan apitan ini. Bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada pelajar saya? | 1. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). Sudara juga boleh merujuk buku Kesantunan Bahasa, Dr. Awang bin Sariyan dan Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, kesemuanya terbitan DBP. 2. Apitan pemer-...-an wujud dalam bahasa Melayu, seperti dalam contoh perkataan; pemersatuan, pemerolehan, pemerbadanan dan pemelajaran. Walau bagaimanapun bentuk apitan ini tidak produktif dalam bahasa Melayu dan tidak ada penerangan tentang apitan tersebut dalam buku Tatabahasa. Hal ini telah kami kemukakan kepada editor buku Tatabahasa Dewan untuk dibincangkan dalam mesyuarat sidang editor. | Tatabahasa | 27.10.2010 |