maksud psikologi | Psikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; | Makna | 16.07.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari psikologi&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan Psikologi sosial (belum ditulis)">psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"? | Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami. Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan. | Istilah | 08.05.2009 |
konsep psikologi pendidikan, pedagogi dan wacana | Sila rujuk bahan ini : 1. Psikologi Pendidikan : Glenn Myers Blair : DBP : 1991 2. Pedagogi : Shahabudin Hashim : DBP : 2006 3. Panduan wacana Akademik : Asmah Hj Omar : 2006 | Lain-lain | 24.01.2008 |
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi Perkembangan | Dalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang. | Makna | 09.07.2008 |
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan? | Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 12.01.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih | Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu. Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa istilah Melayu sudah kearaban. Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan. | Lain-lain | 12.03.2013 |
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal | 1.progresif = sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: 2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman. 3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: 4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. 6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu. Sila rujuk lama web psikologi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi. 8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro 9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan. | Makna | 01.07.2013 |
maksud Extraversion | Merujuk bidang psikologi, extraversion bermaksud ekstraversi. | Lain-lain | 04.11.2010 |