Yvonne May 13HB JULAI 3.29 PTG Hi, selamat ptg. Smlm saya ada buat pembayaran online utk iklan 6258/2017 dan pembayaran sudah diterima. Duit sudah ditolak tapi kat website ckap kena bayar lagi. Saya call dari pagi tadi kat phone 03-21479100 - 9400 semua tak jawab. | Pihak kami akan hubungi tuan/puan pada kadar segera. Harap maaf atas kesulitan. | Lain-lain | 26.07.2017 |
selmt ptg, tanya bagaimana cara mohon papan iklan melalui DBP. tkasih | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 09.10.2023 |
Slmt ptg, tumpang tanya: 1. Ali dan Ah Chong mandi di sungai. 2. Ali dan Ah Chong membasuh di sungai. Kedua-dua ayat tersebut, mana satu yang betul?( dari segi bahasa) Adakah ia boleh diterima kedua-duanya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Yang berikut ialah jawapan kedua-dua soalan: Soalan 1: Ayat betul dan tidak mengandungi sebarang kesalahan. Soalan 2: Ayat tersebut kurang tepat kerana kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek. Oleh sebab itu, selepas kata kerja transitif "membasuh" perlu diikuti objek. Contoh:membasuh kain, atau membasuh kereta. Sekian, dan terima kasih. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih. | Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November. | Lain-lain | 01.11.2010 |
untuk atur cara majlis singkatan waktu yang boleh digunakan 1. pg, 2. tgh, tgh hari 3. ptg 4. mlm betulkah? | Singkatan yang betul bagi menunjukkan waktu ialah: 1. pg. 2. tgh. 3. ptg. 4. mlm. 5. tgh. mlm. | Tatabahasa | 30.08.2023 |
As salamualaikom & selamat ptg, kalau tak keberatan dpt kiranya pihak tuan reply mana ejaan yg betul:- 1.Ulu Klang 2.Ulu Kelang 3.Hulu Kelang. Teima kasih | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.10.2013 |
Tina Tham 3.32 PTG Tina Tham Saya mohon pertolongan dan jasabaik DBP untuk perjemahan daripada bahasa Inggeris Bahasa Malaysia untuk perkataan di bawah: Metfarm(meteorological farm) Tina | Mohon pihak tuan/puan berikan contoh penggunaan dalam ayat dan konteks penggunaan perkataan tersebut bagi memudahkan kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.10.2017 |
Shafizan Rosdi 1.38 PTG Salam tuan..saya telah menghantar borang permohonan LI kepada dbpkl..namun saya tidak mendapat maklum balas dari pihak dbpkl bahawa saya lulus atau gagal..saya juga telah menghubungi ditalian 0321479594 tetapi tidak dijawab..mohon pertolongan dari tuan..tk | Untuk makluman tuan, permohonan secara dalam talian akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691/9692. | Lain-lain | 10.10.2017 |
Sis Aaliah 3.49 PTG Sis Aaliah Salam Saya ingin bertanya Kalau nak check bahasa yang diguna di atas banner , macam mana permohonannya? sebab saya ada tanya di PBT tadi, dia cakap kalau nak mohon letak banner kena dapatkan khidmat nasihat DBP | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 20.09.2017 |
Suziyani Farhana 2.36 PTG Suziyani Farhana salam tuan, saya nak bertanya apakah gelaran panggilan yang sesuai bagi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang tidak mempunyai gelaran Dato', adakah sesuai YBrs. (Yang Berusaha) En. xxx? | Sapaan kehormat "Yang Berusaha" boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. | Tatabahasa | 29.08.2017 |