apakah maksud puak, berpuak? apakah yang menyatukan puak-puak di malaysia? bagaimana puak-puak terjadi? berapakah bilangan puak di dalam masyarakat kita contohnya cina, india dan melayu? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud puak ialah kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan. Berpuak-puak pula ialah bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok. Soalan lain tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Harap maklum. | Makna | 20.11.2007 |
Beberapa puak asli di Temasik iaitu Orang Selat, Orang Gelam, Orang Kallang dan Orang Kelumang. Adakah semua nama suku ini perlu huruf besar? | Nama puak orang Asli adalah kata nama khas dan dieja seperti yang berikut orang Selat, orang Gelam, orang Kallang dan orang Kelumang | Lain-lain | 05.09.2017 |
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila? | Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan. | Makna | 10.06.2008 |
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat) | Istilah | 01.10.2015 |
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih. | Etnik - 1. Bukan bangsa manusia 2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya Kaum - 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat 2. sesuatu yg diwarisi | Makna | 05.01.2017 |
Apakah perbezaan maksud istilah antara kaum dan etnik. Adakah tepat etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India digunakan untuk menggambarkan masyarakat majmuk. Atau istilah yang lebih tepat kaum yang biasa digunakan sekarang. Terima kasih | Maksud: Etnik - 1. Bukan bangsa manusia 2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya Kaum - 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa Masyarakat majumuk - 1) masyarakat yang terdiri dairpada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa. 2) masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dan sebagainya). Pada kebiasaannya, yang sering digunakan adalah kaum bagi merujuk Melayu, Cina dan India di Malaysia. | Lain-lain | 08.10.2015 |