Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
puak (kata nama)
1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok, etnik,

2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,

Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat)Istilah01.10.2015
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017
Apakah perbezaan maksud istilah antara kaum dan etnik. Adakah tepat etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India digunakan untuk menggambarkan masyarakat majmuk. Atau istilah yang lebih tepat kaum yang biasa digunakan sekarang. Terima kasih

Maksud:

Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Masyarakat majumuk - 1) masya­rakat yang terdiri dairpada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa. 2) masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dan sebagainya).

Pada kebiasaannya, yang sering digunakan adalah kaum bagi merujuk Melayu, Cina dan India di Malaysia.

Lain-lain08.10.2015
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia.

Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai.

Berikut ialah makna kata natif dalam KDP:
natif ناتيف
kata adjektif
1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir.
Contoh:
Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka.

2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing.
Contoh:
a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama.
b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara.

3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh.
Contoh:
a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu.
b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.

Makna09.01.2025

Kembali ke atas