Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puan] | ڤوان

Definisi : sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekua­saan raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penya­kit yg khusus dihidapi orang perempuan ter­utama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : ; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : bekas sirih yg dibuat drpd emas atau perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1 kep drpd perempuan: Toh ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Tun; Tok ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Datuk (terutama di Pahang). 2 = cik ~ panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon pencerahan mengenai penggunaan ayat tuan-tuan dan puan-puan di pertengehan ayat. T untuk Tuan dan P untuk Puan perlu huruf besar atau kecil.Penggunaan tuan-tuan dan puan-puan di tengah-tengah ayat boleh digunakan. Ejaan tuan atau puan pula perlu menggunakan huruf besar sekiranya di permulaan ayat, jika di tengah-tengah atau akhir ayat perlu menggunakan huruf kecil.Tatabahasa13.06.2019
Salam tuan-tuan dan puan-puan Nama saya chiang heng huat seorang business owner kedai handset dari banting'pada hari ini saya pergi majlis daerah kuala langat..nak mohon penambahan satu papan iklan'perjabat majlis daerah beri tau saya kena minta pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka(DBP) dahulu'di sini saya harap pihak dewan bahasa boleh bantu saya..luluskan pengesahan saya'dalam pertanyaan ini saya ada attachment satu pelan papan iklan..jika sudah apporove'minta pihak boleh beri tau saya'sekian terima kasihUntuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600.Lain-lain11.08.2017
Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan, Saya ingin bertanya mengenai apakah penterjemaan yang betul dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Resourceful" Contoh ayat - As a business owner, you need to be resourceful. Terima Kasih,

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, “resourceful” bermaksud pintar. Maka, padanan lain yang juga tepat untuk menggambarkan “resourceful” dalam bahasa Melayu ialah bijak, pandai, cerdik atau cerdas (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan)

Penyemakan dan penterjemahan22.11.2019
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Puan Rashida Nasuha dari Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak. Pihak kami sedia maklum bahawa dewan bahasa dan pustaka sering kali mengadakan pertandingan sahibba untuk pelbagai kategori. Kami sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara atau peraturan pertandingan sahibba yang digunakan oleh pihak tuan. Pihak kami bercadang untuk mengadakan pertandingan sahibba antara sekolah-sekolah ABIM seluruh Malaysia dan dewan bahasa dan pustaka adalah rujukan utama kami. Tujuan saya menghantar email ini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada pihak tuan. Terima kasih di atas kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan.Salam puan budiman,

PERATURAN ASAS PERMAINAN SAHIBBA UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


Bersama-sama ini dilampirkan peraturan asas permainan sahibba untuk pertandingan sahibba sekolah  menengah dan rendah untuk makluman dan tindakan pihak puan selanjutnya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:

Puan Nor Hidayah binti Ilias, Bahagian Pengembangan Kesuasateraan Kanak-kanak dan Remaja, melalui talian telefon 03-2147 9703 atau e-mel norhidayah@dbp.gov.my.

Sekian, terima kaish.
Lain-lain05.11.2019
Selamat Sejahtera! Saya ingin mendapat pengesahan daripada pihak DBP, adakah bahasa Jawi dalam fail yang saya lampirkan sama dengan maksud MENJUAL ALAT-ALAT GANTI KENDERAAN. Pengesahan daripada pihak DBP amat penting untuk syarikat kami. Semoga mendapat balasan tuan-tuan dan puan-puan. Terima Kasih!1. Betulkan ejaan منجوال  dan کندراءن
2. ... SDN. BHD. (letak titik)
3. Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris)
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).
Ejaan20.02.2017
Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasihDalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Tatabahasa22.11.2019
Dalam ucapan, salutasi untuk YB, perlu tidak digunakan encik/puan? Contohnya: YB Yasmin Daud atau YP Puan Yasmin Daud?Salam sejahtera,

Dalam ucapan salutasi untuk Yang Berhormat, boleh digunakan encik/puan?
Kerana encik/puan merupakan sapaan kehormat dalam panggilan.
Contohnya: YB Puan Yasmin Daud.
Lain-lain24.07.2019
salam tuan/puan. apa perkembangan mengenai soalan sebelum ini tuan/puan? kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Berdasarkan carian dalam data kami, soalan tuan berkaitan untuk mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini telah dijawab pada 26 Februari 2020. Cadangan pihak kami, tema “climate action” bersempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Lain-lain25.02.2020
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit.
Makna21.02.2019
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
12345678910...

Kembali ke atas