Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekua­saan raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bekas sirih yg dibuat drpd emas atau perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan I

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Sudah puan kelapa Bali;
Sudah harap kepada tuan,
     Sudah tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan-tuan dan Puan-puan, sekiranya saya berminat untuk menghantar artikal kepada DBP untuk diterbitkan, apakah syarat yang perlu saya ada dan apakah langkah-langkah dalam pemprosesan artikal sekiranya artikal tersebut telah saya hantar? Diharap-harapkan tuan-tuan dan puan-puan akan menjelaskan secara terperinci kepada saya, sekian terima kasih...

Artikel haruslah dalam bahasa Melayu yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa, asli, dan tidak melanggar mana-mana undang-undang seperti Akta Hak Cipta, Akta Hasutan, dan undang-undang lain yang berkaitan dengan penerbitan.

Artikel yang diterima daripada penulis akan dinilai berdasarkan kriteria di atas dan juga dasar penerbitan DBP. Setelah itu, artikel akan disunting dari segi substansif dan tatabahasa, dilengkapkan dengan ilustrasi, dan diproses untuk penerbitan.

 

 

 

 

Lain-lain06.05.2010
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih.

1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. 

Tatabahasa14.12.2011
Puan, Bolehkah puan jelaskan ayat berikut yang berbunuyi : Saya berpesan kepadanya,"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembayangi". Terima kasih.Ungkapan tersebut betul kerana dalam frasa "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", sembahyangi ialah kata kerja aktif transitif dan kata kerja ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "... kamu disembayhangi".
Tatabahasa19.02.2013
Puan, Bolehkah puan jelaskan perkataan "berapa-berapa"?Menurut kamus dewan, tidak terdapat maklumat perkataan "berapa-berapa".Istilah27.11.2012
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
Apakah perbezaan antara surat peringatan dan surat amaran? Perlukan perkataan "Tuan,Puan Tuan/Puan dan Syarikat" ditaip dengan huruf besar dipangkal perkataan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Peringatan ialah hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan. Manakala amaran membawa maksud perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras). Di sini dapat dilihat perbezaan antara surat peringatan dengan surat amaran.

Di pangkal perkataan wajib ditulis dengan huruf besar bagi permulaan ayat. manakala di tempat lain hanya huruf kecil. Syarikat pula kalau ditulis bersama nama syarikat perlu huruf besar tetapi huruf kecil jika syarikat sahaja.
Ejaan04.08.2012
Merujuk kepada penulisan dalam surat rasmi, penggunaan perkataan "tuan/puan" ditengah ayat perlu ditulis Tuan/Puan atau tuan/puan?Ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Tatabahasa30.10.2012
Seorang "puan" memapah seorang mangsa. Dalam ayat ini bolehkah saya menggunakan "puan" ? atau mesti bubuh dengan nama " Puan Tan "?Ayat yang betul ialah "Puan Tan memapah seorang mangsa".Tatabahasa20.04.2010
Assalamualaikum W.B.T. Tuan/Puan, Soalan Pertama : Dipohon kerjasama tuan/puan untuk melampirkan format surat rasmi individu kepada Jabatan Kerajaan contoh :Surat Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas; Soalan Kedua : Ketua Pengarah Jabatan XXXXXXX (u.p. Puan Salina binti Abas ) Y.Bhg. Dato'/ atau Puan, TAJUK SURAT ___________________ soalan saya ialah sekiranya Ketua Jabatan adalah Y.Bhg. Dato' XXX iaitu seorang lelaki manakala kita hendak berurusan dengan Puan Salina binti Abas maka apakah gelaran yang hendak diguna pakai ? Sama ada Y.Bhg. Dato' atau Puan di dalam surat berkenaan.

Saudara,

Secara rasmi surat-menyurat ditujukan kepada ketua jabatan. Oleh yang demikian, sapaan pada surat ialah YBhg. Dato'. Mengenai soalan format surat, apabila menulis kepada jabatan kerajaan, format rasmi masih digunakan dengan tambahan nama pengirim di bahagian atas sebelah kiri surat sebelum alamat penuh jabatan yang akan menerima surat tersebut.  

 

Lain-lain22.08.2010
Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi."Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.


"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi.
Tatabahasa10.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas