Bagi latar pentas Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur Mana yang lebih bersesuai? | Frasa yang lebih sesuai ialah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Berbuka Puasa di ROSELLE BRASERIE 10 Julai 2013 - 5 Ogos 2013 RM38BERSIH Untuk Tempahan Sila Dail 03-2084 1515 ext 8025 | Sila buat pembetulan ejaan dial kepada dail dan terjemah ext. kepada samb. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.06.2013 |
Bagaimana sekiranya saya ingin menyemak perkataan yang dibuat tepat atau tidak dari segi maksudnya. Contoh: Selamat menunaikan ibadah puasa atau Selamat menjalankan ibadah puasa Untuk makluman tuan, saya ingin memasukkan ucapan selamat ini ke laman web. stk | Frasa yang tepat ialah "Selamat menunaikan ibadah puasa", atau dlm bentuk lebih ringkas "Selamat berpuasa" | Tatabahasa | 28.09.2007 |
buku/terbitan tentang hari raya puasa | Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menerbitkan secara khusus buku tentang hari raya puasa. | Lain-lain | 22.03.2010 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
pertanyaan tentang penggunaan huruf besar: Mengapa penggunaan huruf besar bagi istilah 'Hari Raya Puasa' adalah untuk ketiga-tiga perkataan jika dibandingkan dengan hari Deepavali? | Mengikut buku Kamus Dewan, Deepavali bermaksud hari perayaan/besar bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Maka perkataan hari sebelum kata nama khas ‘Deepavali’ merupakan kata am sahaja. Berbeza dengan ‘Hari Raya Puasa’ kerana kata ‘hari’ merupakan sebahagian daripada kata nama khas ‘Hari Raya Puasa’. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Assalamulaikum, Apakah penggunaan istilah ' Iftar Ramadhan" tepat? Terima kasih | Ifthor ialah perkataan Arab dan dalam bahasa Melayu dieja iftar, iaitu berbuka puasa. "Ejaan yang betul ialah "Iftar Ramadan" perkataan ini bukan istilah tetapi sebagai kata umum yang dipakai untuk maksud majlis berbuka puasa. | Istilah | 07.06.2017 |
Iklan banting untuk berbuka puasa | Tukar "or email" kepada atau e-mel . Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 30.05.2014 |
Apakah ejaan sebenar bagi bulan puasa. Adakah Ramadan atau Ramdhan. Harap membantu saya | Ejaan yang baku ialah Ramadan. | Ejaan | 02.08.2008 |
Apakah ejaan yang sebetulnya bagi bulan puasa? 1 Ramdhan 2 Ramadhan 3 Ramdan 4 Ramadan | Ejaan yang betul ialah Ramadan | Ejaan | 18.05.2016 |