assalamualaikum boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyan. | Waalaikumussalam. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya di Malaysia dan Brunei perkataan “orang awam” atau “awam” digunakan untuk maksud “public”. Namun, perkataan “publik” banyak digunakan di Indonesia. Jika sasaran pembaca untuk penulisan tuan adalah untuk orang Malaysia/Brunei, perkataan “orang awam” atau “awam” lebih sesuai digunakan. | Istilah | 10.08.2017 |
boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyan | Perkataan yang sesuai digunakan ialah orang awam. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah talian ini dibuka kepada orang awam untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
Tuan/ Puan, Saya seorang penulis sewasta yang ingin mengembangkan bahan-bahan belajar bahasa Cina yang sesuai digunakan oleh penutur asli Melayu. Saya ingin bertanya bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan ini secara percuma di Perpustakaan Negara? Kalau tidak, bagaimana individu di publik boleh memohon perkhidmatan ini dan berapakah yuran tersebut? Sekian terima kasih. -- Yang benar, Kong SK | Sila berhubung dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 05.04.2010 |