Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.gar] | ڤوݢر

Definisi : ; segar-~ sihat benar, bugar; memugar, memugari 1. sl memperbaiki atau memperelok semula, membaharui, me­mulihkan: indahnya konon kota negeri, sekaliannya baru dipugari; 2. = ~ tanah (hutan) a) menjadikan hutan semula; b) mem­buka hutan, menebangi hutan (utk ditanami); pemugaran 1. pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka, mengusahakan) tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.gar] | ڤوݢر

Definisi : Mn; memugar melakukan atau me­ngerjakan dgn sungguh-sungguh, menyung­guh-nyungguh; ~ berjalan berjalan sungguh-sungguh (cepat­-cepat); ~ minum minum sungguh-sungguh (banyak); pugak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.gar] | ڤوݢر

Definisi : ; memugar membersihkan (menebang, membakar dsb) sesuatu kawasan utk menanam tanaman tertentu. pemugaran hal atau perbuatan memugar (sesuatu kawasan hutan dsb): ~ hutan dgn menggunakan jentolak dan traktor dpt dilaksanakan dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pugar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan yang berikut: 1. Sasana 2. PugarPerkataan "Sasana" tiada dalam data kami. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia untuk mendapat maksud tersebut. Manakala, Pugar bermaksud: membersihkan (menebang, membakar dsb) sesuatu kawasan utk menanam tanaman tertentu. Pugar juga membawa maksud memperbaiki atau memperelok semula, membaharui dan me­mulihkan.Makna27.09.2017
imbuh an bagi perkataan bugar dan pugarImbuhan yang tepat ialah -kan yang membentuk kata kerja seperti bugarkan dan pugarkan.Lain-lain18.12.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing).Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu.Istilah27.12.2018

Kembali ke atas